Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
exco fam letak jawatan
Kredit: Bernama
Exco FAM Letak Jawatan Beramai-Ramai

BERNAMA

Exco FAM Letak Jawatan Beramai-Ramai

PETALING JAYA, 28 Jan (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) badan induk itu bagi penggal 2025-2029 secara kolektif dan sukarela meletak jawatan mereka dengan serta-merta hari ini.

Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata keputusan peletakan jawatan itu dibuat secara sebulat suara dengan mengambil kira tanggungjawab organisasi dan tanpa kepentingan atau jawatan peribadi.

Beliau berkata ia merupakan langkah berhemah dan berprinsip yang diambil susulan situasi terkini yang menarik perhatian umum sekali gus antara lain bertujuan melindungi integriti FAM.

“Peletakan jawatan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut iaitu menjaga reputasi dan kepentingan organisasi FAM serta mengurangkan risiko lebih buruk yang boleh menjejaskan bola sepak Malaysia secara keseluruhan.

“(Selain itu) menegakkan prinsip tadbir urus yang baik dan akauntabiliti, terutamanya dalam keadaan keyakinan awam perlu dipelihara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini.

Beliau berkata peletakan jawatan itu turut dapat menyediakan ruang sewajarnya kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk bebas menilai, meneliti dan jika perlu menangani perkara-perkara berkaitan tadbir urus serta hal ehwal pentadbiran FAM.

Katanya tindakan itu juga untuk memastikan sebarang pembaharuan perlu dilaksana dapat dijalankan tanpa gangguan atau konflik persepsi dan dengan asas kepercayaan yang tinggi.

Beliau berkata peletakan jawatan itu turut bertujuan memulihkan keyakinan dalam kalangan penyokong, pihak berkepentingan, rakan kongsi dan komuniti bola sepak secara keseluruhan.

Sementara itu, Mohd Yusoff berkata Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman akan terus menjalankan operasi harian badan induk itu yang dijangka mengadakan Kongres Pemilihan bagi melantik barisan Jawatankuasa Eksekutif baharu.

Krisis yang sedang melanda FAM bermula pada September tahun lepas selepas FIFA mengesahkan bahawa FAM dan tujuh pemain - Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Jodo Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel - didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).

Siasatan mendapati FAM mengemukakan dokumen yang dipercayai dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan ketujuh-tujuh pemain tersebut, sekali gus membolehkan mereka beraksi dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam dalam Kumpulan F Kelayakan Piala Asia AFC 2027 di sini, pada Jun tahun lepas.

Susulan keputusan itu, FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (sekitar RM11,000) dan kesemua mereka digantung daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama 12 bulan.

Semalam, FAM memaklumkan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan yang dikemukakan tujuh pemain terlibat selepas Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan yang dikemukakan oleh FAM dan ketujuh-tujuh pemain berkenaan sebelum ini.

Sumber:BERNAMA