Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
gerhana matahari penuh kedua terpanjang abad ke-21
Gambar hiasan. Kredit: ESA/M.P. Ayucar
Gerhana Matahari Penuh Kedua Terpanjang Abad Ke-21 Bakal Berlaku

Azizah Najib

Fenomena astronomi sering mencuri perhatian dunia kerana keunikan serta kesannya terhadap alam sekitar. Antara fenomena yang paling dinanti merupakan gerhana matahari penuh, yang berlaku apabila Matahari dilindungi sepenuhnya oleh Bulan.

Berikutan fenomena ini jarang berlaku dan kadang kala hanya boleh disaksikan di beberapa lokasi tertentu, gerhana matahari sentiasa dianggap antara fenomena alam paling luar biasa di dunia.

Susulan itu, perhatian dunia kini tertumpu kepada satu peristiwa astronomi besar yang bakal berlaku pada tahun 2027.

Gerhana matahari penuh kedua terpanjang abad ke-21

Tahukah anda, pada 2 Ogos 2027 satu fenomena astronomi paling menakjubkan abad ini bakal berlaku.

Fenomena ini direkodkan sebagai gerhana penuh kedua terpanjang selepas gerhana yang berlaku pada tahun 2009. Gerhana tersebut mencatatkan tempoh maksimum enam minit 39 saat.

Bagi fenomena pada tahun 2027 pula, tempoh maksimum yang dijangkakan mencecah enam minit 22 saat.

Fenomena ini bakal melinasi beberapa benua dan merentasi dua lautan utama dunia.

Laluan gerhana merentasi dua benua

Laluan gerhana penuh bermula dari Sepanyol dan berakhir di Somalia.

Menurut National Solar Obserbatory (NSO), antara negara yang bakal terlibat termasuk Sepanyol, Gibraltar, Maghribi, Algeria, Tunisia, Libya dan Mesir.

Fenomena ini turut merentasi Arab Saudi, Yaman serta kawasan Lautan Atlantik dan Lautan Hindi. Antara bandar utama di laluan penuh ialah Cádiz, Tangiers, Gibraltar dan Benghazi.

Kredit: NSO

Lebih menarik, fenomena ini merupakan kali pertama Bandar Sydney dapat menyaksikan gerhana matahari penuh sejak 1857.

Menurut ramalan tersebut, Bandar Luxor di Mesir akan mengalami tempoh gerhana paling lama.

Apa berlaku ketika gerhana matahari penuh

Gerhana matahari penuh berlaku apabila Bulan berada tepat di antara Bumi dan Matahari. Cakera Matahari akan terlindung sepenuhnya buat beberapa minit. Ketika ini, langit akan menjadi gelap seperti waktu subuh atau senja.

NSO turut menjangkakan haiwan seperti burung kemungkinan berkelakuan luar biasa ketika tempoh tersebut. Malah, planet dan bintang juga akan terlihat di langit.

Tidak kelihatan di Malaysia

Walau bagaimanapun, fenomena ini hanya dapat dilihat dari lokasi tertentu sahaja.

Rakyat Malaysia tidak dapat menyaksikan fenomena bersejarah ini berikutan Malaysia berada di luar laluan gerhana.

Menurut institut itu, gerhana penuh membuka peluang penemuan baharu. Gerhana separa berlaku beberapa kali setiap tahun manakala gerhana matahari penuh pula berlaku kira-kira setiap 18 bulan.

Malah, di sesetengah tempat, fenomena ini hanya dapat dilihat sekali dalam tempoh 400 tahun.

Dijangkakan, gerhana matahari terdekat akan berlaku selain gerhana matahari penuh ini pada 12 Ogos 2026 dan 26 Januari 2028.