Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
wabak virus nipah malaysia
Kredit: Google Maps
Wabak Virus Nipah Malaysia, Kronologi Krisis Kesihatan Akhir 1990-an

Azizah Najib

Wabak Virus Nipah Malaysia, Kronologi Krisis Kesihatan Akhir 1990-an

Perkataan 'wabak' merujuk kepada penyakit yang menular, berjangkit atau merebak dengan cepat di sesebuah kawasan.

Secara umumnya, penularan penyakit yang berpunca daripada virus memerlukan tindakan kawalan segera pihak berkuasa.

Suatu ketika dahulu, Malaysia pernah dilanda episod kesihatan awam yang mencabar. Virus dikesan menular daripada haiwan kepada manusia, dan mengakibatkan berlaku jangkitan yang serius.

Kali ini, SK kongsikan dengan pembaca kronologi sebenar krisis penularan wabak virus Nipah yang pernah melanda Malaysia suatu ketika dahulu. Kronologi ini dikumpulkan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya pada tahun 2023.

Kronologi Wabak Virus Nipah Malaysia

Menurut kajian tersebut, wabak virus ini bermula dan berlarutan selama 35 minggu, melibatkan lebih 400,000 kediaman diperiksa di peringkat awal. Penularan virus Nipah bermula di Sungai Nipah, Negeri Sembilan.

Bukit Pelandok, Kampung Sawah dan Kampung Wong Seng Chow merupakan kawasan yang turut terkesan akibat penularan penyakit ini.

29 September 1998:Kes pertama dikesan di daerah Kinta, Perak. Namun, penyakit itu disangka sebagai penyakitJapanese Encephalitis, atau JE. Berikutan itu, langkah awal diambil berasaskan pengawalan JE.

Akhir 1998 hingga awal 1999:Sebanyak 13,031 ladang dan 403,837 rumah diperiksa, kemudian semburan (fogging) dilaksanakan. Ketika itu, seramai 128,985 orang menerima vaksin JE.

Walau bagaimanapun, beberapa langkah kawalan JE ditamatkan apabila wabak dikenal pasti sebagai penyakit baharu.

"Hal ini kerana Nipah berada dalam kategori yang sama dengan JE," jelas kajian tersebut.

Februari 1999:Penularan virus Nipah dikesan pada manusia dan haiwan di kawasan penularan, serta kawasan lain. Status wabak bertukar daripada endemik kepada epidemik.

Mac 1999:11 kes dan 1 kematian akibat ensefalitis (keradangan otak) dan masalah pernafasan dilaporkan di Singapura. Setelah siasatan dilakukan, hasil mendapati kes berkenaan melibatkan pekerja ladang yang menguruskan ternakan babi dari kawasan penularan di Malaysia.

5 Mac 1999: Sampel virus Nipah diterbangkan ke Amerika Syarikat bersama pengkaji dari Pusat Kerjasama WHO Universiti Malaya untuk Arbovirus bagi Wilayah Pasifik Barat, Dr Chua Kaw Bing. Dr Chua merupakan pengkaji yang berjaya mengesan virus Nipah.

12 Mac 1999:Centre for Disease Control (CDC) mengesahkan virus berada dalam kategori paramiksovirus.

17 Mac 1999:Kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Kabinet untuk keputusan segera dan tepat.

18 Mac 1999:Mesyuarat pertama diadakan dan dipengerusikan Menteri Kesihatan. Mesyuarat turut melibatkan menteri dari beberapa kementerian berkaitan.

24 Mac 1999:Mesyuarat menetapkan penambahan beberapa lagi menteri terlibat. Beberapa polisi ditetapkan melibatkan kementerian, peladang dan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti.

30 Mac 1999:Bilik operasi yang menghubungkan orang awam dan pihak berkuasa dibuka 24 jam, menerima jumlah panggilan tertinggi iaitu 167 panggilan.

Kemuncak wabak padaMac 1999merekodkan 268 jangkitan manusia dan 105 kematian.

21 April 1999:Pengagihan sijil ladang babi bebas Nipah bermula, selepas Program Ujian dan Pemantauan Kebangsaan dilancar. Program ini berlangsung selama 90 hari, melibatkan usaha menyelia pemusnahan babi berskala besar dalam tiga fasa.

31 Mei 1999:Tempoh wabak selama 35 minggu itu direkodkan berakhir pada 31 Mei 1999.

Fakta menarik

Berdasarkan Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat bertarikh 14 Julai 1999, Timbalan Menteri Pertanian ketika itu, Prof Dato Dr Tengku Mahmud Tengku Mansor membentangkan laporan berkenaan perkembangan program tersebut.

Menurut beliau, pihak berkuasa telah memusnahkan sebanyak 1,071,631 ekor babi sehingga 30 Jun 1990. Pampasan yang bakal diberi ketika itu berjumlah RM50.79 juta.

"Ini bermakna, yang telah pun kita bayar ialah sebanyak 90 penternak, 85 penternak dari negeri Perak dan 5 penternak dari negeri Melaka. Sejumlah RM9.028 juta yang telah kita bayar," kata beliau ketika sesi soal jawab.

Tahukah anda, sejarah tragedi ini terpahat di sebuah muzium di Kampung Baru Sungai Nipah, dikenali dengan nama Sungai Nipah Time Tunnel Museum. Pembukaan muzium tersebut bertujuan mendidik masyarakat tentang sejarah dan daya tahan masyarakat dahulu menghadapi krisis.

Tragedi ini menjadi pengajaran besar kepada negara bagi menghasilkan langkah pencegahan, pemantauan dan kawalan seperti yang sedia ada pada hari ini.