Siakap Keli
Gambar via Tribun Cirebon

(Video) Bertenggek Atas Pokok, Tular Lembaga Didakwa Pontianak ‘Hadiri’ Pengebumian Jenazah Pesakit COVID-19

Baru-baru ini, tular di Indonesia mengenai penampakan pontianak ketika proses pengebumian seorang jenazah pesakit COVID-19.

Menurut Tribun Cirebon, gambar penampakan tersebut ditangkap ketika para petugas dan penggali kubur sedang melakukan solat jenazah di Tempat Pemakaman Umum Blok Ciloklok, Kuningan Jawa Barat.

Tersebar di aplikasi WhatsApp, orang ramai terutama dalam kalangan ibu-ibu dipercayai merasa ketakutan kerana mereka melihat sosok makhluk halus itu seperti pontianak.

Ketua kampung, H Mulyadin pula mengatakan bahawa dia tidak percaya dengan isu ‘kehadiran’ pontianak tersebut.

Gambar via Tribun Cirebon

“Saya tidak tahu mengenai gambar yang ditangkap itu, saya rasa itu hanyalah daun, cuba zoom gambar tersebut,” katanya.

Dia juga mengulas mengenai kes COVID-19 di kampung itu, katanya seramai 14 orang telah meninggal dunia semasa menjalani kuarantin.

“Sebilangan besar penduduk kami meninggal dunia ketika menjalani kuarantin di rumah mereka dengan semua peralatan silinder oksigen,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga kecewa kerana penduduk di situ tidak mempercayai COVID-19 hingga melanggar protokal kesihatan.

Berbalik kepada cerita mengenai pontianak, daerah Kuningan itu dikatakan sering ‘disinggah’ oleh makhluk halus itu dan dapat dilihat oleh beberapa orang penduduk.

Sumber: Tribun Cirebon

Sofea

There's always another side to every story