Penjagaan kebersihan dalam rumah sering dititik beratkan terutamanya oleh suri rumah. Apa tidaknya, mereka seakan tidak senang duduk kalau tengok ada sahaja yang tidak sedap dipandang seperti lantai yang kotor.
Kalau boleh tu, nak sentiasa nampak berkilat. Namun, kalau nak berkilat dan sentiasa bersih, perlu mop dan banyak kerja lain juga perlu dibuat. Tapi jangan risau sebab korang boleh je nak pastikan lantai atau jubin korang sentiasa berkilat dengan penyembur ni.
Tak susah pun nak cari sebenarnya, boleh dapatkan kat Mr. DIY dengan harga tak sampai RM10 pun. Seperti yang dikongsikan oleh Sharifahkhyra di laman Tiktok, dia menunjukkan bahawa penyembur itu boleh digunakan dengan hanya mengelap sedikit sahaja cairan tersebut pada lantai.
Katanya, kotoran yang sukar ditanggalkan seperti sisa simen selepas pemasangan mozek juga menjadi mudah untuk dibersihkan. Malah, semburan itu juga boleh dicampur dengan air mop untuk membersihkan lantai.
“Kalau pakai thinner pun tak hilang, tapi pakai benda alah ni, terus berkilat,” katanya.



Tak perlu sental kuat-kuat pun dah boleh berkilat.
@callmekhyra Sat je berkilat! Dah la murahh plak tuh. Rugi korang tak cari benda ni. Senang keje! #fypppppppppppppp #foryoupage #fyp
Sumber: @callmekhyra
So lepas ni confirm berkilat dengan spray ni !