Siakap Keli

Wanita Terjatuh Dan Mati Dalam Tong Penyimpanan Pakaian Terbuang

AUSTRALIA- Seorang ibu maut apabila dia terperangkap dalam tong yang menyimpan pakaian terbuang dikawasan letak kereta disebuah pusat membeli-belah.

Alarrah Lawrence, 33 tahun terjatuh ke dalam tong itu dan terperangkap di dalamnya hingga menyebabkan dia kesukaran bernafas dan maut dalam kejadian.

Pasangannya memdedahkan peristiwa itu di laman Facebooknya.

“Saya tidak percaya (Lawrence) telah pergi. Saya merindui anda, teman sejiwa,” tulisnya.

Kata-kata mendapat perhatian pengguna Facebook. Ramai yang mengucapkan takziah kepada lelaki itu.

Menurut laporan News.com, orang awam menemui mangsa dan menghubungi polis, anggota bomba dan perubatan untuk datang ke lokasi (Pusat Membeli-Belah Stockland Baldivis) kira-kira jam 5 pagi pada 7 Julai.

“Rakaman CCTV menunjukkan wanita itu menghampiri tong itu kira-kira jam 1.40 pagi,” kata Sarjan Senior Detektif Rockingham, Andrew Elliot.

“Jam 5 pagi pula, seorang pejalan kaki ternampak mangsa dan menghungi pihak polis,” tambahnya.

“Siasatan menunjukkan tiada yang curiga mengenai kematian. Mangsa mati dalam keadaan tragis.”

Orang ramai datang dan memberikan bunga sebagai tanda penghormatan buat mangsa di tempat kejadian.

Sumber: News.com

Atiqah Aliah