Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat bertemu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Memetik perkongsian laman Facebook Suara TV, gambar kedua-dua pemimpin ini dipercayai dirakam hari ini, iaitu pada hari pertama Ismail Sabri memulakan tugas sebagai TPM.
Bagaimanapun tiada sebarang kemas kini mengenainya di laman Facebook kedua-dua pemimpin berkenaan setakat ini.
BACA: Ibadah Korban Dalam Negara, Ini Pihak Bertanggungjawab Dari Awal Hingga Proses Agihan Daging
Sumber: Suara TV