Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Ibadah Korban Dalam Negara, Ini Pihak Bertanggungjawab Dari Awal Hingga Proses Agihan Daging

Kurang dua minggu dari sekarang semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan Aidiladha atau Hari Raya Korban. Pastinya yang paling ditunggu-tunggu pada tarikh 10 Zulhijjah dalam kalendar Islam ini adalah perlaksanaan ibadah korban yang sangat dituntut dalam Islam.

Namun begitu, ianya bukan semudah memilih haiwan ternakan di ladang kerana terdapat beberapa syarat sah penyembelihan binatang yang perlu diambil kira.

Gambar sekadar hiasan: Google

Haiwan ternakan yang dibolehkan dan mencapai tahap minimum umur berikut:  

1) Unta (berumur lima tahun masuk tahun keenam)

2) Lembu/kerbau/kambing (berumur dua tahun masuk tahun ketiga)

3) Biri-biri/kibas (berumur satu tahun masuk tahun kedua, ataupun telah bersalin gigi hadapan)

Nota: Dibolehkan sama ada jantan ataupun betina, sama ada baka ataupun dikasi.

Haiwan yang tidak sah atau tidak boleh dijadikan ibadah korban:

1) Tidak sah berkorban dengan haiwan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya.

2) Binatang yang tidak sihat, mempunyai penyakit atau kecacatan seperti kaki tempang, buta, telinga koyak, tanduk patah, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain.

Gambar sekadar hiasan: Google

Rugi andai kata kaum muslimin yang berkemampuan tidak merebut peluang yang terbuka luas di depan mata untuk mendapatkan ganjaran dan fadhilat dalam melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.

Ditambah dengan keadaan pandemik yang menyebabkan ramai terkesan, ini lah masanya untuk membantu mereka yang memerlukan dengan pengagihan daging korban selain menzahirkan tanda kesyukuran dalam diri atas pelbagai nikmat kurniaan Ilahi.

Walau bagaimanapun, timbul keresahan berikutan ibadah korban pada tahun ini diadakan dalam waktu PKP. Pening juga nak memikirkan cara memilih dan membeli lembu yang terbaik, nak laksanakan korban di mana dan bagaimana caranya, siapa yang bertanggungjawab dalam proses agihan daging korban? Apatah lagi, jika ini merupakan kali pertama bagi mereka yang mahu melakukan ibadah ini untuk diri sendiri atau mewakili ibu dan ayah.

Gambar sekadar hiasan: Google

Awas, silap langkah anda boleh ditipu dengan pihak yang mengambil kesempatan atas sikap ‘dermawan’ rakyat Malaysia dan mengaut keuntungan berlipat ganda dalam pengurusan ibadah korban.

Oleh itu, pentingnya untuk memilih agensi yang mempunyai pengalaman dan reputasi dipercayai dalam proses urusan ibadah korban anda pada tahun yang mencabar ini. Tidak dapat disangkal lagi, MAPIM Malaysia pilihan terbaik dalam membantu anda bagi memudahkan pelaksanaan ibadah korban.

Kenapa MAPIM Malaysia? Ini kerana haiwan ternak yang berkualiti terpilih sahaja yang akan disembelih oleh MAPIM, bukan sekadar memenuhi syarat minimum korban. 

Biarpun haiwan yang dipilih mempunya gred yang tinggi, tetapi jangan risau kerana MAPIM sentiasa memastikan harga yang ditawarkan mereka adalah antara yang termurah di pasaran, serendah RM350 untuk satu bahagian haiwan ternakan.

Malah, dengan reputasi dipercayai dan pengalaman yang dimilki bertahun-tahun, MAPIM menjamin proses pelaksanaan ibadah korban anda dengan sangat mudah tanpa masalah dari urusan pendaftaran dari mula sehingga akhir. 

Lebih menarik, anda akan menerima video sembelihan korban atau akikah ketika nama anda dibacakan, sijil penyertaan dan juga cenderamata. Banyak betul kelebihan jika memilih untuk melaksanakan ibadah korban bersama MAPIM Malaysia!

Mengapa MAPIM Malaysia?

1) Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.

2) Antara harga termurah dipasaran

3) Reputasi MAPIM yang dipercayai.

4) Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

5) Anda akan menerima sijil penyertaan dan juga Cenderamata.

Jom Daftar Korban Sekarang bersama MAPIM Malaysia!

Apa tunggu lagi, jom rebut hikmah menunaikan ibadah korban pada tahun ini dengan mendaftar pada hari ini juga di MAPIM Malaysia. Di hari Jumaat yang mulia, mari bersama kita menjalankan ibadah sunat muakkad.

MAPIM membantu anda memudahkan proses pendaftaran dan pembayaran ibadah korban dengan selamat di hujung jari hanya dengan melayari website ibadahqurban.com. Semua proses pendaftaran dan pembayaran boleh dilakukan dengan pantas secara atas talian.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai MAPIM Malaysia, layari ibadahqurban.com atau hubungi talian Hotline MAPIM Malaysia di 1300-888-038 (Isnin-Jumaat / 9am-6pm).

Anda juga boleh menghantar pesanan WhatsApp di nombor 012-800-2016 dan pegawai operasi akan menjelaskan dengan terperinci mengenai perlaksanaan ibadah korban di MAPIM Malaysia pada tahun ini. Hanya 17,500 penyertaan sahaja dibuka sebelum penyertaan ditutup pada 16 Julai ini.

Insya-Allah, ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.