Siakap Keli

Ikan Masin Disangkakan Mayat Bayi, Penduduk Telefon Polis Buat Laporan

SINGAPURA- Seorang penduduk di Teck Whye membuat laporan polis terdekat kerana sangkakan terdapat mayat bayi diunit rumahnya.

Shin Min Daily News melaporkan bahawa Puan Wu yang tinggal di Blok 3, Teck Whye Lane terhidu bau busuk pada 4 Julai diluar unitnya.

Bau itu menjadi kuat selepas beberapa hari, Wu membersihkan cecair titisan hitam yang berbau itu. Namun, ianya tidak mampu menghilangkan bau walaupun kotorannya telah dibersihkan.

Menurut mothership, Puan Wu ternampak bakul yang tergantung diluar tingkap di tingkat 9 unitnya. Dari situlah dia ketahui bahawa bau itu datangnya dari bakul itu.

Unit tingkat sembilan sering ditutup, dia bimbang jika terdapat kejadian yang tidak diingin, kata Puan Wu kepada surat khar China.

Dia menghubungi pihak polis kerana ianya mulai cecairnya menitis dan mengenai pakaiannya yang dijemur di luar tingkap.

Setibanya pihak polis, barulah mereka sedari bahawa bakul yang berisi cecair hitam itu bukanlah mayat bayi tetapi hanyalah ikan masin dan halia.

Mr Wen, pemilik bakul itu meminta maaf kepada Puan Wu dan mengalihkan bakul itu dari luar tingkapnya.

Sumber: Mothership

Atiqah Aliah