Siakap Keli

Pemilik Bawa Anjing Nazak Dengan Kereta Sorong Ke Gunung Kesukaannya Buat Kali Terakhir

UNITED KINGDOM- Seorang pemilik anjing membawa anjingnya yang nazak melawat ke gunung kesukaannya dengan menggunakan kereta sorong.

Carlos Fresco, 57 tahun membawa Labradoodle Monty ke pergunungan di Wales selapas 18 bulan berjuang melawan luekemia.

Carlos yang tinggal di London sanggup meninggalkan London demi anjingnya dan tinggal bersama temannya di Brecon Beacons.

Pengusaha hotel itu (Carlos) membawa Monty, 10 tahun yang tidak sihat itu naik ke puncak Pen Y Fan sejauh 2,900 kaki dengan kereta sorong. Pengunjung yang melalui jalan sama turut membantunya merealisasikan misinya itu.

“Saya terjumpa kereta sorong tua yang berkarat dan memutuskan untuk membersihkannya dengan minyak.”

“Keesokkannya saya meletakkan Monty diatasnya dengan ditutup selimut. Dia gembira dan pengunjung yang melihatnya turut berasa kagum,” kata Carlos.

“Mereka turut berganti-ganti membawa Monty. Saya senang dengan sikap ramah  mereka serta membantu saya.”

Carlos memilih Beacon kerana ianya “cantik” dan banyak kenangan mereka bersama di gunung itu, lapor The Sun.

“Dia disahkan leukemia 18 bulan lalu dan menunjukkan kesannya positif. Namun, ianya kembali lapan bulan dan kesihatannya menurunkan dengan cepat,” luah Carlos.

Oleh itu, Carlos mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang membantunya merealisasikan impiannya membawa Monty ke gunung tersebut sebelum perginya Monty.

Monty disahkan mati bulan lalu, kata Carlos lagi.

Sumber: The Sun

Atiqah Aliah