Siakap Keli

UEA Dedah Angkasawati Pertama Dari Dunia Arab

ARAB SAUDI- Dunia Arab buat pertama kalinya mempunyai seorang angkasawati. Nama angkasawati itu didedahkan pada 7 Julai lalu.

Nora Al Matrooshi diperkenalkan sebagai sebahagian dari program di Unit Emirat Arab (UEA).

Pusat Angkasa Lepas, Mohammed bin Rashid mengumumkan bahawa Nora akan bersama-sama Mohammad Al Mulla telah memulakan latihan internal mereka.

Ianya akan berlanjutan hingga mereka bergabung dengan Kelas Pemilihan Angkasawan NASA 2021 pada Disember depan.

“Sebab saya ingin memasuki program angkasawan Unit Emirat Arab adalah ianya impian saya sewaktu kecil dan cita-cita saya ingin menjadi angkasawan,” kata Nora dalam sebuah wawancara.

Menurut Kompas.com, wanita berusia 28 tahun itu mempunyai sarjana teknik mesin dan bekerja di Syarikat Pembinaan Minyak Nasional Abu Dhabi.

Kelas Pemilihan NASA yang diikutinya akan berlansung di Amerika Syarikat (AS).

Wanita itu turut mendapat sokongan bagi menggapainya misinya.

“UEA, kerajaan amat menyokong terhadap rakyat dan masyarakat turut memberi sokongan buat saya. Begitu juga dengan keluarga saya.”

“Saya ingin meraih apa yang ingin dicapai oleh kerajaan. Mereka menginginkan UEA menjadi sebahagian atau salah satu negara terkemuka dalam bidang ini,” tambah Nora lagi.

Nora adalah salah seorang dari 4,300 pendaftar yang kemudiannya akan disaring berdasarkan kemampuan ilmiah, pendidikan dan pengalaman mereka sewaktu praktikal.

Saringan berikutnya adalah mengenai pengetahuan fizik, psikologi dan kesihatan, kata Pusat Angkasa Lepas, Mohammed bin Rashid.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah