Siakap Keli
Gambar Via Google

(Video) “Bergantung Pada Iman Masing-masing,” Viral Temubual Lama, Nia Ramadhani Dedah Tidak Tergoda Dengan Dadah

Semalam, berita mengenai penangkapan Nia Ramadhani dan suaminya kerana penyalahgunaan dadah bukan sahaja menggemparkan Indonesia tetapi di negara ini juga.

Pelakon yang terkenal dengan sinetron ‘Bawang Putih, Bawang Merah‘ itu dilaporkan mengaku kepada pihak polis bahawa telah menggunakan dadah jenis syabu sejak lima bulan yang lalu.

Susulan itu juga, para netizen di negara tersebut menyingkap kembali mengenai satu temubual yang dilakukan oleh Nia pada tahun 2018. Menerusi temubual itu, Nia mengatakan bahawa dia pernah ditawarkan dadah.

Menurutnya, pengedaran dadah bukan sahaja berlaku di kelab-kelab malam tetapi juga di dalam dunia seni.

“Sejak berusia 14 tahun, saya sudah mendengar mengenai pengambilan dadah yang berselubung dalam kehidupan dunia seni,” katanya.

Ketika itu juga, dia mengakui bahawa tidak tergoda dengan tawaran untuk mengambil dadah. Menurutnya, ia bergantung pada iman masing-masing dalam menjaga diri dari mengambil bahan yang terlarang itu.

“Bagi saya, semuanya bergantung pada iman masing-masing. Dari saya kecil, tawaran dadah sudah ada dari dulu, bukan di kelab saja. Semuanya juga bergantung pada diri sendiri,” katanya.

Tambahnya lagi, dia telah ditawarkan dadah sejak kecil lagi iaitu ketika dia masih aktif menjalani penggambaran.

“Sejak dulu ketika saya jalani penggambaran, saya ditawarkan dadah.

“Berbalik semula kepada cara didikan ibu bapa kita. Ibu bapa saya telah memberikan contoh yang terbaik mengenai sesuatu perkara, sehingga ia tertanam dalam diri. Saya rasa jika anda mempunyai keperibadian yang kuat, anda tidak perlu takut,” katanya.

Sumber: Tribun Solo, Cumicumi

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.