Siakap Keli

Gara-gara Miliki 8 Anak, Warga Emas Didenda Lebih RM58k Kerana Langgar Polisi Kawalan Keluarga China

CHINA- Seorang lelaki di China didenda kerana melanggar dasar kawalan kelahiran yang ditetapkan.

Lelaki itu dilaporkan mempunyai lapan orang anak. Dia didenda 2.6 juta Yuan  (RM1.68 juta) pada 2019.

Namun kerana tidak mampu, dia berunding dengan pihak mahkamah. Akhirnya selepas beberapa tahun berunding, denda berkenaan dikurangkan kepada 90,000 Yuan ( RM58,211) baru-baru ini, lapor SCMP.

Liu, 50 tahun merupakan seorang petani yang tinggal di daerah Anyue di Sinchuan. Dia memiliki lima anak perempuan bersama bekas isterinya.

Seterusnya, memiliki dua anak lelaki pada tahun 2006 dan 2010, menurut The Hans India.com.

Disebabkan kewangan tidak cukup, warga emas itu memberikan seorang anaknya kepada keluarga lain yang mempunyai nama keluarga yang sama iaitu Liu.

Warga emas itu kini tinggal bersama tujuh anaknya dengan isteri barunya.

Sebelum ini, China menetapkan undang-undang bagi perancangan keluarga yang membataskan kelahiran.

Namun, Beijing telah memberikan sedikit kelonggaran mengenainya.

Liu pernah didenda berkali-kali sebelum ini, namun tidak mampu membayar denda mendadak yang dikenakan pada 2019 itu, menyebabkan mahkamah membenarkannya menjelaskan bayaran denda secara ansuran.

Sumber: SCMP

Atiqah Aliah