Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini telah mengumumkan mengenai pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan seramai 18,702 orang guru akan dibuka kepada orang ramai termasuk individu yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas dalam bidang perguruan.
Permohonan untuk tujuan itu telah pun dibuka sejak 7 Julai yang lalu dan akan diproses oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang telah bertanggungjawab melaksanakan urusan pengambilan tersebut.
Sebelum membuat permohonan, anda perlu mengetahui mengenai beberapa panduan berkaitan dengan dokumen yang akan dihantar nanti. Menerusi perkongsian Qistina Ezise, dia memaklumkan bahawa setiap dokumen yang akan dimuatnaik ke Google Drive nanti perlu mempunyai palang dua garis SPP.
Mungkin ramai yang tidak tahu cara untuk meletakkan palang tersebut, justeru, Qistina telah berkongsi cara-caranya. Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini.
𝗧𝘂𝘁𝗼𝗿𝗶𝗮𝗹 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 “𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗣 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮” 𝗩𝗲𝗿𝘀𝗶𝗼𝗻 𝟮 – 𝗠𝗦 𝗪𝗼𝗿𝗱 𝘂𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗔𝘂𝘁𝗼𝗧𝗲𝘅𝘁
Untuk yang dalam proses permohonan jawatan guru one-off MySpp, SPP maklumkan dalam “panduan memuat naik dokumen”, setiap dokumen yang akan dimuat naik ke Google Drive perlu ada palang dua garis SPP. Untuk yang tak tahu macam mana nak edit, caranya ada dalam setiap gambar.
Apa kelebihan AutoText?
Selepas set dalam MS Word, tak perlu copy/paste gambar lagi. Cukup dengan tekan Insert > Quick Parts > AutoText; ATAU taip shortform yang dah di-set & tekan F3.
Khas untuk yang tak mahir nak buat watermark SPP. Boleh download file (.doc dan .png) sebelum mulakan step di bawah.
Untuk yang malas nak crop .png file, boleh download .png “V2 for MS Word” & langkau ke step ke-5. Saya dah upload dalam Google Drive.
Terpulang nak pilih file .png versi pertama (lebih kecil), atau V2 (lebih besar). Selesa V1, tak perlu crop, dan boleh langkau ke step ke-5 juga.
𝑳𝒊𝒏𝒌 𝒑𝒂𝒍𝒂𝒏𝒈 “𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒈𝒖𝒏𝒂𝒂𝒏 𝑺𝑷𝑷 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂”:
https://drive.google.com/…/13K2eQ1uvl1iWgaOHy0SZmLgyq3J…
𝑳𝒊𝒏𝒌 𝑷𝑫𝑭 𝒕𝒐 𝑫𝑶𝑪 & 𝑫𝑶𝑪𝑿 𝒄𝒐𝒏𝒗𝒆𝒓𝒕𝒆𝒓:
𝑳𝒊𝒏𝒌 𝒕𝒖𝒕𝒐𝒓𝒊𝒂𝒍 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑴𝑺 𝑬𝒙𝒄𝒆𝒍 (.𝒑𝒏𝒈):
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4667931379901513&id=100000540912896
𝑳𝒊𝒏𝒌 𝒕𝒖𝒕𝒐𝒓𝒊𝒂𝒍 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑷𝒂𝒊𝒏𝒕 3𝑫 (𝒀𝒐𝒖𝒕𝒖𝒃𝒆):
Macam biasa, sebelum mulakan step 1, convert semua .pdf ke .doc di Google (link ada pada caption utama).
1) Buka MS Word. Pilih “blank document”.
2) Pergi ke “Insert” > “Pictures” > “This Device”. Cari file .png “untuk kegunaan SPP sahaja”. Tekan “Insert”.
3) Click gambar. Pergi ke “Format” > Crop > Tekan down arrow > Crop. Kecilkan ikut kesesuaian.
4) Tekan simbol bergambar pada Crop. Untuk besarkan gambar, tekan Shift + Alt + Tarik penjuru gambar ikut kesesuaian.
5) Ubah text wrapping kepada “In Front of Text”. Wrap Text > In Front of Text. Gerakkan gambar dan sesuaikan kedudukan ke tengah dokumen.
Tujuan tukar text wrapping dari “in-line with text” > “in front of text” = untuk mudah alihkan kedudukan gambar.
*Selepas step ini, boleh pilih sama ada ‘prefer copy/paste’ atau ‘prefer autotext’:
– ‘Prefer copy/paste’ = Save document as type .doc/docx dan boleh copy/paste ke dalam dokumen sijil.
-‘Prefer autotext’ = Lihat langkah ke-6
6) Tekan gambar .png, kemudian pergi ke “Insert” > “Quick Parts” > “AutoText” > “Save Selection to AutoText Gallery”.
7) Dalam Create New Building Block:
– Name: set perkataan lebih daripada 4 huruf, yang bukan perkataan biasa, Contoh: SppMark
– Gallery: AutoText
– Category: Create new category, Contoh: Watermark
– Description: (optional), Contoh: Untuk MySpp
– Save in: Normal.dotm
– Options: Insert content only
Tekan OK
Buka file sijil. Pastikan insertion point ada di gambar pertama, tanpa ada selection box pada gambar (white dot on the left and right page).
Jika ada selection box, tekan sekali di kawasan kelabu untuk matikan selection (passive).
Ada dua cara untuk masukkan AutoText:
Cara 1:
9) Pergi ke “Insert” > “Quick Parts” > “AutoText” > Pilih AutoText yang berkaitan.
Cara 2:
10) Taip shortform yang telah di-setkan. Contoh: sppmark. Kemudian, tekan F3.
Dari muka surat pertama ke muka surat seterusnya, tekan right arrow dan pastikan insertion point ada di muka surat yang dikehendaki.
11) Hasilnya, seperti ini dan save as type: pdf
Sumber: Qistina Ezise