Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Pengambilan Khas Guru Secara One-Off Seramai 18,702 Atasi Kekurangan Guru Yang Berlarutan Sekian Lama

Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi memaklumkan mengenai strategi pengambilan khas guru secara ‘one off’ seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.

Inisiatif berkenaan adalah untuk mengatasi masalah kekurangan guru yang telah sekian lama berlarutan. Dalam sidang media itu juga, Dr. Radzi turut mengetengahkan cabaran utama pengambilan guru. Antaranya ialah kekurangan bekalan calon guru IPG dan juga ketidakpadanan opsyen mata pelajaran.

Kolaborasi strategik pengambilan khas guru melalui Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mengetengahkan dua pendekatan yang baharu.

Antara negeri yang mencatatkan jumlah kekosongan guru tertinggi pada tahun 2021 adalah Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak. Berikut pula adalah antara mata pelajaran dengan kekurangan guru yang tertinggi di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Iklan bagi pengambilan khas guru akan bermula pada 7 Julai 2021 manakala penempatan secara berperingkat mulai Oktober 2021.

Sumber: Dr Radzi Jidin

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa