Siakap Keli

(Video) Diberi Nama Rani, Lembu Dipercayai Terkecil Di Dunia Ini Jadi Viral, Orang Ramai Berpusu-pusu Melawat

Seekor lembu, dipercayai terkecil di dunia dilapor ditemui di Bangladesh.

Menurut BBC, lembu itu hanyalah mempunyai ketinggian 51cm dan mempunyai berat 28kg sahaja.

Walaupun negara itu melaksanakan perintah berkurung, namun, ianya tidak menghalang pengunjung untuk mengunjungi haiwan itu di Charigram, Dhaka,

Hasan Howladar, pengurus ladang akan didatangi Guinness Book of Records bagi menyenaraikan Rani sebagai lembu terkecil di dunia.

“Saya tidak pernah melihat (lembu) sekecil ini,” kata pengunjung kepada BBC Bangladesh.

Howladar mendedahkan dia membeli Rani tahun lalu dari lian di Naogaon barat laut Bangladesh. Haiwan itu mengalami kesukaran berjalan serta takut dengan lembu lain dan menjauhkan diri dari mereka.

“Dia tidak makan banyak, hanya makan sedikit dedak dan jerami dua kali sehari,” kata pemilik ladang itu.

Menurut laporan, gelaran lembu terkecil di dunia pernah disandang oleh Manikyam dari India dengan ukuran 61.1cm.

Tambahnya, Guiness Book of Records akan mengunjungi lembunya pada akhir tahun ini dan mengesahkan gelarannya.

Walaupun tidak lama lagi tibanya Hari Raya Korban. Howladar tidak berhasrat untuk berpisah dengan Rani.

Sumber: BBC

Atiqah Aliah