Tidak dinafikan, urusan masak memasak untuk seisi keluarga ini antara perkara yang ‘renyah’. Tambah-tambah lagi kalau pinggan mangkuk penuh sinki, membuatkan para ibu semakin ‘stress’.
Bagi yang mempunyai anak yang masih kecil, sudah tentu keadaan agak kelam kabut mengurus pelbagai kerja rumah. Bila terfikir untuk carikan pembantu rumah, tidak mampu pula kerana bayarannya agak mahal.
Menariknya, tindakan bijak Puan Liyana Nazli ini adalah membeli mesin basuh pinggan atau dishwasher. Sudah pasti ‘orang gaji’ ini dapat meringankan tugas-tugasnya di dapur sekaligus menjimatkan kos setiap bulan.
Malah, perkongsiannya telah menarik perhatian warganet. Berbaloi sebenarnya memiliki peralatan ini, seperti korang lihat di bawah, wanita ini memberi ‘review’ tentang penggunaan mesin ini yang memudahkan urusan di dapur. Jom, ikuti ‘review’ beliau.
Menunaikan janji nak review dishwasher.
Maafkanlah diriku agak sibuk dengan kuliah dan exam. Alhamdulillah dah selesai semalam. So macam mana pengalaman dah beberapa minggu guna dishwasher ni?
Lesssgoo!
Sebenarnya dah lama dah seriously nak beli dishwasher. Sebab rumah ni memang dapurnya berasap 2-3 kali sehari, jadi memang banyak spend masa di dapur. Dah masak kena kemaskan dan basuh pinggan pulak. Alangkah best kalau ada yang tolong basuhkan (tanpa disuruh!) Hahaha! Terpengaruh dengan Anis Latif yang kata dishwasher ni among her best buy lah!
Dah survey dari tahun lepas, tapi masa tu tak banyak pilihan sangat dalam pasaran Malaysia. Kami aim yang table top sebab senang nak manage. Tak perlu terbongkok-bongkok nak isi dan ambil pinggan. Pilihan yang ada masa tu Panasonic NP-TR8HQMY harga RM2.5k++ tapi saiz kecil. Next yang besar sikit ialah Bosch tapi mahal sangat pulak sampai RM3k++. Terpaksalah lupakan sekejap.
Tapi tahun ni macam perlu juga sebab PKP ni memang tak larat nak urus rumah, PDPR anak-anak, kerja, belajar arghhh!
Terbaca review brand Toshiba ni. Tahun lepas model ni tak ada lagi dalam pasaran Malaysia. Cakap jelah semula kat husband isi hati kita ni kan, manalah tahu ada rezeki. Dia buat muka tak layan je. Rupanya diam-diam dia pergi ukur bagai dimension dia. Suatu hari kita balik rumah tetiba ada kotak besor tengah-tengah dapur. Dishwasher yeay!
Ha, muat-muat jer atas kitchen top. Food processor tu konon jadi perbandingan saiz.
Dia kata dia beli tanpa modal. Side income tepi-tepi dialah agaknya. Harga jauhhh lagi murah daripada jenama yang lain RM1.1k sajaaa. Jadi dishwasher ni bukanlah luxury items untuk yang memerlukan. Nak bawak masuk bibik saja dah RM12k weh bayar muka, gaji bulanan RM1.2k. Belum masuk kena layan perangai dia macam-macam. Baik cari bibik robot yang patuh ini.
Tapi tak terus pasang sebab nak kena manage piping dia. Yang ni kami memang panggil tukang untuk buatkan sebab nak kemas. Kalau buat sendiri susah juga sebenarnya. Dia kena ada saluran untuk air masuk dan keluar. Sama macam mesin basuh ya. Air keluar tu kami alur kat lubang sinki saja.
Saiz dia, Alhamdulillah puas hati memang sis sumbat saja segala apa yang muat. Pinggan, cawan, periuk, pans, sudu, semualah. Kat rumah ni mesin ni berjalan 2 kali sehari. Batch sarapan dan makan tengahari satu cycle, batch minum petang dan makan malam satu cycle.
Dia ada 9 mode bergantung kepada jenis kotoran yang kita nak bersihkan tu.
Heavily soiled dishes guna mode Hygiene. Dia akan panaskan air kepada 70C selama 160 minit. Yang ni hasil memang tip toplah!
Tapi sis selalu guna option Eco je. Yang tu pun insyaAllah bersih dah pinggan. Tapi 185 mins gaklah dia nak menyental.
Ni full capacity lepas dinner. Malam tu kami dinner spaghetti meatball ke apa ntah.
Dan beberapa options lain yang lebih cepat siap basuh. Bergantung kepada kadar kekotoran dan seberapa urgent kita nak guna pinggan hihi!
Sabun guna sabun khas. B3li online je pun. Kami guna jenama Finish 1 kg tu. Sekali guna tak banyak pun. Tu ada sis tepek gambor. InsyaAllah jimat. Beli sekali dengan Rinse Aid dia utk hasil pinggan yang berkilau. Tapi tak guna pun takpe Rinse Aid ni. Tapi bila guna dishwasher ni yang penting kena susun pinggan tu elok-elok bagi bahagian yang kita nak cuci tu tak tercover dengan pinggan lain dan tak menadah air. Kalau salah susun memang tak bersih juga. Susun pun berseni hahah kasi muat semua.
Kelebihan guna dishwasher ni ialah penjimatan air berbanding kita basuh secara manual. Sekali pusing kos elektrik dia dalam 15 – 30 sen hasil pengiraan jurutera elektrik kat rumah ni. Dan of course, jimat masa dan tenaga. Masa yang lebih tu boleh buat benda lain yang lebih productive lagi insyaAllah.
Panjang betul kita review. Disertakan gambar-gambar bukti sebelum dan selepas untuk membantu para suri rumahtangga menghasut suami masing-masing. Kita dah reviewkan siap-siap mana murah nak beli dan sampai terus depan pintu rumah.
Ni slot tempat letak serbuk pencuci. Ha banyak tu lah lebih kurang setiap kali cycle. Macam separuh scoop sabun cuci baju.
Ni bekas casserole berkerak. Jadi licin bersinar lepas basuh
Pinggan ada kuah spaghetti sikit-sikit. Tak ada masalah!
Ni sape makan pulut atas piring tak rendam lepas makan. No problem!
Encik Megat selalu minum kopi lepas tu dia tak pi basuh terus cawan dia, jenuh nak sental kopi yang dag mengering tu. Sumbat dalam dishwasher settle!
Ni kalita wave dia buat kopi. Kopi ni berminyak tau, dan memang jenuh nak basuh sebab dia lekat celah-celah senggat kalita tu. Masuk dishwasher. Beres.
Ni linknya ya:
Dishwasher
Sabun Basuh:
Rinse-Aid:
Selamat berkempen!
Sumber: Liyana Nazli