Sebut je pasal fast food, salah satu makanan yang pasti akan dibayangkan adalah burger. Mungkin tidak dijamah hari-hari tetapi ia merupakan makanan comfort yang sangat enak dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bukan hanya dilengkapkan dengan ayam dan daging sahaja, burger juga boleh diolah mengikut citarasa maisng-masing. Bagi yang sudah bosan membeli burger di restoran makanan segera, korang boleh je buat sendiri burger kesukaan korang.
Sama seperti yang dilakukan oleh Puan Nor Asiah ini, menerusi perkongsiannya di group Masak Apa Hari Ini, dia telah berkongsikan resepi untuk membuat burger korea yang sangat enak.
Perkongsiannya itu sehingga kini telah mendapat sebanyak 4.2 ribu perkongsian di Facebook dan rata-rata dari netizen memuji presentation burger itu yang kelihatan seperti burger di restoran makanan segera.
Mari ikuti resepi yang dikongsikan oleh Puan Nor Asiah di bawah ini.
Anak cakap tak pernah pun makan burger korea, malam tadi terus buat bun ala-ala korea, warna hitam saya guna charcoal powder, firstime guna. Agak-agak ja sebab tak pernah buat sebelum ni.
Resepi saya pakai resepi yang selalu post, tapi ada seorang hamba Allah messenger saya, tanya betul ke resepi awak ni?? Simple sangat, sedih juga, saya tak dapat apa-apa pun, kalau saya bagi resepi tak betul. Kalau nak cuba silakan, tak payah pertikai, betul tak.
Resepi kat pic last.
Ring saiz 4inci, beli kat shopee taip ja ring burger
Doh yang ni saya buat berat 70gm
Resepi:
Ayam goreng
(Untuk 1 ekor ayam)
- Ayam perap dengan 1 biji telur dan tambah sedikit tepung bestari (2 genggam)
- Perap sekurang-kurangnya selama 2 jam setengah
Tepung kering
- Tepung bestari (300 gram) + tepung jagung (2 sudu) + tepung beras (2 sudu)
- Nak goreng gaul-gaul dengan tepung kering di atas
- Minyak perlu banyak masa goreng
Resepi roti
- 500 gram tepung roti
- 70 gram gula kastor
- 1 tbsp yis kering (saf)
- 1 tbsp susu tepung
- 1 biji kuning telur
- 1 tsp garam
- 50 gram majerin atau butter
- 10 gram pelembut roti
- 280-300 gram air sejuk
- Semua bahan masuk dalam bread maker kecuali garam, masuk selepas 5 minit uli dalam bread maker
- Doh burger-75-80gram, ring size 4 inci
- Bakar pada suhu 170 darjah Celcius dalam 20 minit (bergantung pada oven masing-masing).
Bagi yang ada anak-anak, nanti lepas ni bolehlah cuba buat resepi burger ini bersama mereka, semoga bermanfaat.
Sumber: Puan Nor Asiah