Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Digelar ‘Vampire’, Lelaki Mengaku Bunuh 10 Kanak-kanak & Hisap Darah Mangsa

Seorang lelaki yang digelar sebagai vampire dilaporkan telah mengaku membunuh 10 orang kanak-kanak dan menghisap darah salah seorang dari mangsa.

Lelaki dari Kenya itu telah ditahan pada Rabu setelah polis menemui dua mayat kanak-kanak yang dibuang di Kabete, berdekatan Nairobi.

Memetik laporan Daily Mail, lelaki yang berusia 20 tahun itu mengaku melakukan 10 pembunuhan dalam tempoh lima tahun dan kini membantu pihak polis untuk menemukan kembali mayat yang telah dibuang olehnya.

Pihak polis mengatakan bahawa lelaki tersebut akan didakwa dengan dengan tuduhan membunuh. Dia juga dikaitkan dengan beberapa kehilangan kanak-kanak lain sejak beberapa bulan yang lalu dan motifnya masih belum dapat dikenalpasti.

Gambar Via Daily Mail

Sementara itu, suspek telah dibawa ke beberapa lokasi pembunuhan untuk mencari bukti.

Sebilangan besar kawasan itu adalah semak samun berhampiran ladang jagung tetapi suspek juga dikatakan telah membuang mayat mangsa ke dalam paip kumbahan.

Difahamkan,  pada usia 16 tahun, suspek didakwa telah menculik seorang kanak-kanak dan menghisap darahnya sebelum membiarkannya mati.

Tiga tahun kemudian, dia dipercayai telah menyerang dan membunuh remaja berusia 13 tahun sehingga ia mencetuskan tunjuk perasaan ganas di Kamukuywa. Penduduk telah membakar sebuah rumah yang dipercayai milik suspek.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story