Pendaftaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini akan dibuka mulai hari ini (15 Julai) hingga 31 Julai 2021 secara dalam talian.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, proses pendaftaran yang baharu ini akan membolehkan sebahagian daripada kalangan PKS mikro yang tidak lulus dan belum menerima GKP masih diberi ruang untuk mengemukan permohonan untuk dibuat verifikasi semula.
“PKS mikro yang layak untuk GKP 4.0 adalah perniagaan yang menepati kriteria PKS mikro dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 30 Jun 2021,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan petang ini.
Sementara itu, penerima GKP yang sedia ada tidak perlu membuat sebarang permohonan.
Bayaran GKP 4.0 ini pula akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500) yang melibatkan penerima GKP sedia ada dan juga pemohon yang baharu diluluskan.
Untuk mendaftar dan maklumat lanjut, layari portal GKP di pautan INI.
Kenyataan media YB @tzafrul_aziz , Menteri Kewangan berkenaan pendaftaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 dibuka mulai 15 hingga 31 Julai 2021. pic.twitter.com/1luirLXkbr
— Ministry of Financeš²š¾ (@MOFmalaysia) July 15, 2021
Sumber: MOF