Akhir-akhir ini, terdapat banyak kes mengenai keluarga yang terpaksa mengibar bendera putih gara-gara hilang sumber pendapatan akibat pandemik yang melanda negara. Malah, ada juga yang terkesan daripada segi pendidikan anak-anak.
Ini disebabkan rata-rata pelajar sekolah sedang menjalani sesi Pembelajaran dan Pengajian di Rumah (PDPR). Melalui kaedah ini, pelajar perlu mempunyai beberapa keperluan wajib seperti komputer dan data internet.
Namun, bukan semua mampu memilikinya. Tambahan pula, ada yang terpaksa memilih dua pilihan terpenting, iaitu sama ada pembelajaran atau perut yang perlu diisi. Begitulah seperti yang dialami oleh keluarga dalam kisah ini.
Iwaizumi Hajime menerusi laman Twitter berkongsi tentang kisah pelajar ibunya yang hidup susah. Tersepit antara urusan belajar dan ‘survival’ ekoran ‘poket’ yang sudah lama kosong. Mari ikuti kisah menyayat hati ini.
weh gais, sedih la tengok ws anak murid mak aku ni. mak aku sedih sebab dia makan senang tapi anak muridnya tengah susah 😔 jom la gais kita tolong mana yang mampu 😭 rt pun dah hargai sangat sangat 😭😭 pic.twitter.com/B9v4BJo0ZF
— iwaizumi hajime 🇵🇸 (@nswtll) July 14, 2021
Di bawah ini adalah tangkap layar perbualan pelajar tersebut bersama ibunya dalam aplikasi WhatsApp.
“Assalamualaikum cikgu, hari ni last internet saya cikgu. Sebab keluarga saya terjejas teruk akibat PKPD. Ayah saya dapat gaji RM1,030 je awal bulan. Mama saya niaga nasi lemak depan rumah. Masak sikit pun kadang-kadang tak habis bila PKPD ni.
“Kalau boleh cikgu bagi kerja guna WhatsApp boleh tak? Sebab saya hotspot guna line free kerajaan bagi tu. Satu telefon kami lima beradik pakai line yang sama. Mama kata kalau dia beli topup kami tak boleh beli beras dan lauk. Maaf cikgu.
“Sementara tunggu bantuan bulanan dari zakat. Mama kata macam tak boleh nak topup lagi. Google Meet saya tak boleh masuk. Maaf cikgu, saya minta cikgu bagi kerja guna WhatsApp. Internet tak kuat. Google Meet saya tak boleh masuk…” katanya.
Ciapan ini meraih hingga lebih 14,000 ‘Likes’ serta menarik perhatian netizen. Menyedari keluarga ini sangat memerlukan bantuan, Iwaizumi lantas melancarkan sumbangan awam menerusi ciapan Twitter itu.
anyone yang nak sedekah dekat dia, boleh transfer dekat number acc mak dia 1011241000078841 nurazean binti abu bakar (BSN) maaf lewat baru dapat number acc dia 😅
— iwaizumi hajime 🇵🇸 (@nswtll) July 15, 2021
Difahamkan, ‘kempen’ itu berjaya menarik ramai netizen yang sudi bersedekah kepada mereka. Hasil sumbangan itu digunakan untuk membeli barangan yang sepatutnya.
alhamdulillahh sy dengan mak sy baru shj memberi bantuan kpd pelajar tersebut.turut disertakan telefon bimbit untk memudahkan urusan pelajarannya, terlihat senyuman dimuka ibu n pelajar trsebut☺️terima kasih kpd penyumbang dn sesiapa mendoakan beliau.semoga allah berkati semua🥰 pic.twitter.com/hCAU1pxMDa
— iwaizumi hajime 🇵🇸 (@nswtll) July 15, 2021
Tidak lama kemudian, pelajar ini menghubungi ibunya semula dan ‘melaporkan’ tentang sumbangan yang mereka terima. Angkanya sangat mengejutkan. Alhamdulillah, sungguh luar biasa.
korang ni update dari dia, alhamdulillahh suka dengar☺️ sorry tau siapa yang nak bank in tapi dah tak valid, maybe sebab bank dah block sebab banyak yang masuk, terima kasih korang yang sudi tolong dan doakan dia, semoga allah lipat gandakan lagi rezeki korang🥰 pic.twitter.com/hGbesshhHR
— iwaizumi hajime 🇵🇸 (@nswtll) July 15, 2021
Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib mereka. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sehubungan itu, ramai antara netizen yang berkongsi rasa gembira serta pendapat masing-masing.
“Rare betul nak jumpa budak beradab zaman sekarang macam ni..”
Manner adik ni mahal. Rare betul nak jumpa budak beradab zaman now macam ni. Semoga dipermudahkan urusan and belajar rajin2 ye adik! Smoga dapat bantu family and berjaya dunia akhirat. To yang membantu semoga dimurahkan rezeki berganda yang berkat.🥰
— yoyie🌹 (@baranohana98) July 15, 2021
“Sopan je cara dia taip…”
Aww, this little sweetheart is a gem. Sopan je cara dia type. Semoga adik ni sekeluarga berjaya dunia dan akhirat & dilapangkan pintu rezeki mereka seluas alam semesta. Dengan izin Allah. Sending hugs 🌼🌼
— hanamelakan (@FarhanahMel) July 15, 2021
“Bagus didikan mak ayahnya….”
Sekurang kurangnya dia berbahasa dgn guru. Bagus didikan mak ayahnya👍
— Zainab Sholehah AR (@zainab_sholehah) July 15, 2021
Sumber: Iwaizumi Hajime