Masih sempat kalau anda nak buat kuih raya untuk Aidiladha ni. Beraya musim PKP, hanya duduk di rumah sambut dengan anak-anak.
Seronok juga kalau dapat duduk sama-sama buat kuih raya, kan?
Kali ini, mari kita belajar cara untuk buat kuih terkenal yang ramai penggemarnya, semperit. Semperit memang sedap, tapi ramai anggap susah nak membuatnya. Ya lah, kuih kena gebu, tak pecah dan elok kejadian, barulah namanya semperit. Kalau tak, baru nak angkat dari balang dah bertukar jadi debu.
Jadi, jom kami kongsikan resipi dan tips hasilkan semperit daripada Puan Shafika Safian hanya menggunakan tiga bahan sahaja.
Semperit 3 bahan
- 250g buttercup
- 500g tepung jagung
- 1/2 tin susu pekat manis (Kalau nak manis sikit lagi, boleh tambah suku tin lagi)
Cara-cara
- Kacau butter dengan susu pekat manis. Sikit-sikit je bagi sebati. Jangan sampai kembang.
- Dah sebati boleh letak pewarna atau nak kosong je pun boleh. Tambah tepung jagung. Uli sampai doh tak lekat kat tangan.
- Kalau lembik sangat tambah lagi sikit tepung jagung. Boleh terap macam biasa.
- Saya bakar guna oven butterfly hitam. Atas dapur gas je. Selamat mencuba.

Kemas tersusun je kan semperit Shafika. Nak tahu tipsnya?
Tips bunga cantik dan tak ‘bengkok’
Tips mudah untuk yang baru belajar. Nak buat semperit bunga cantik dan tak bengkang bengkok, cari botol mineral yang 500ml.
Potong belah atas sekali supaya semperit boleh keluar ikut corong dan cantik je kejadiannya.
Masa tekan kuih dah takyah goyang-goyang, nanti ia beralun sendiri masa tekan. Pastikan potong tak terlalu pendek, tak terlalu tinggi.
Botol paling sesuai air mineral sea master. Potong boleh terus guna.

Sumber: Shafika Safian