Musim haji tahun ini sangat hiba buat umat Islam di seluruh dunia terutamanya di Malaysia. Ramai yang tidak kesempatan menjadi tetamu Allah ketika wabak virus Covid-19 yang masih tinggi melanda di negara kita.
Bagi yang menjadi tetamu Allah pada saat ini, ia merupakan satu kesyukuran yang sangat ternilai harganya.
Bagi menghilangkan rasa rindu orang ramai pada saat Hari Arafah, Lembaga Tabung Haji berkongsi beberapa keping gambar ketika umat Islam menjalani ibadah haji dan berwuquf di Arafah beberapa tahun lalu.
“Perhimpunan terbesar umat Islam di Bumi Arafah”
Azan zohor menandakan masuknya waktu wuquf bagi umat Islam yang mengerjakan ibadat haji pada tahun ini. Disaat inilah para jemaah mencari ruang menadah tangan berbicara dengan Sang Pencipta dengan penuh khusyuk mengharapkan redha dan keampunan dariNya.
Walaupun berjuta jemaah berkumpul di Arafah, sebaik sahaja masuknya waktu wuquf suasana tiba-tiba bertukar hening dan menenangkan. Hanya yang pernah melalui hari ini yang mampu menggambarkan betapa hibanya mengenangkan dosa-dosa lalu.
Tanah Arafah ini menjadi saksi penyesalan dan kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-hambaNya. Moga semua dapat sampai ke sana suatu hari nanti, Insya-Allah.
#tabunghaji #kenanganhaji
Tak kurang juga yang meluahkan rasa rindu mereka yang pernah menjejak kaki di Kota Suci, Mekah ini. Semoga tahun ini dan seterusnya umat Islam di Malaysia dapat menyahut seruan untuk menunaikan haji dan umrah di sana.
“Kerinduan yang amat sangat”
“Semoga diberi kesempatan pada tahun hadapan”
“Allahuakbar, sayunya hati…”
“Syukur Allah jemput menjadi tetamu di sana”
Sumber: Lembaga Tabung Haji