Siakap Keli

Tular Video Pemandu Teksi Rempuh Tiga Kereta Di KKIA

KOTA KINABALU, 19 Julai- Seorang pemandu teksi berusia 60an bertindak merempuh tiga kereta lain dengan kereta yang dipandunya, dipercayai kerana tidak berpuas hati mengenai sesuatu isu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini hari ini.

Video kejadian pada kira-kira pukul 1 petang itu menjadi tular di media sosial.

Paparan video itu antara lain menunjukkan tindakan lelaki berbaju jingga memandu kereta jenis Proton Iswara merempuh kenderaan lain, dipercayai kerana marah apabila barisan menunggu penumpang dipotong pemandu teksi lain.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt George Abdul Rakman ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian berkenaan, dan berkata polis sedang menyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian untuk tindakan selanjutnya.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang