Siakap Keli

“Rasa Lemak Manis & Smokey,” Lelaki Ini Tak Menyesal Cuba Bakar Durian Guna ‘Air Fryer’

Durian merupakan buah tempatan yang menjadi kegemaran ramai bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia.

Durian yang juga dikenali sebagai ‘the king of fruit’. Apabila tiba sahaja musimnya, membuatkan orang ramai menjadi ‘hantu durian’ apabila merasai keenakan rasa dan bau yang sangat menyelerakan. Namun, tidak semua suka dengan raja buah ini, ada sesetengah orang dari jauh sudah bau ‘busuk’  buah ini.

Namun, buah ini bukan sahaja boleh makan begitu sahaja malah pelbagai juadah masakan boleh di buat dengan buah durian ini. Selain daripada menu bubur atau serawa durian, ada satu resipi baru yang bakal dikongsikan.

Baru-baru ini ramai yang mencuba resipi ‘durian bakar’. Katanya lebih enak dan berlemak. Jadi, seorang pengguna Facebook yang dikenali Kamarul Azizi berkongsi caranya membakar durian hanya menggunakan air fryer. Cara memasaknya sangat mudah dan rasanya sangat enak, tambah-tambah lagi menggunakan durian yang berlemak.

Mencuba durian bakar pakai air fryer…

Hari tue pakai durian tembaga, mantop pak abu.. rasa lemak manis durian ditambah dengan aroma smokey hangit sikit-sikit buat rasa lagi sedap tahap next level. Memula ngada-ngada saja buat experiment try la 2 ulas.. last 3 bijik durian semuanya kasi air fryer…

Yang dalam gambar nie saja pakai durian kampung yang pahit-pahit sikit.. sedap jugak rasa lemak manis pahit smokey.. kalau musang king macam mana ya yer..?

Apa lagi korang takkan nak tengok jer..moh try lerr…

P/s: saya punya setting 200c 10 minit.. tapi saya tak follow jugak sebab Air Fryer yang saya guna jenis 5 in 1, ada cermin dan lampu macam oven, so senang nak tengok durian dan set nak durian tue terbakar banyak mana.. selamat mencuba..!!

 

Sumber: Kamarul Azizi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang