Seorang wanita dilaporkan telah menikam ibunya sehingga mati, mengerat mayat dan membuang bahagian badannya termasuk kepala di dalam tong sampah berhampiran sebuah sungai.
Kejadian itu dikatakan berlaku beberapa jam setelah dia cuba membunuh abangnya dalam kebakaran.
Dalam perbicaraan minggu lalu, wanita berusia 39 tahun itu dituduh membunuh ibunya yang berusia 65 tahun di dapur kediaman mereka di Shifnal, Shrophshire pada 12 Jun tahun lalu.
Difahamkan, dia kemudiannya menggunakan kad bank ibunya di Asda untuk membeli makanan, minuman keras dan plastik sampah yang kemudiannya digunakan untuk membuang bahagian badan ibunya.
Setelah jenayahnya diketahui, mahkamah telah memerintahkannya untuk ‘membongkar’ mayat itu sebelum dia membuangnya di kawasan hutan berhampiran River Severn dan Ironbridge Gorge di Coalport. Tubuh dan lengan ibunya masih belum dijumpai.
Anggota polis menemui kepala ibunya yang terpotong di dalam beg plastik empat minggu kemudian iaitu pada 10 Julai sebelum menemui bahagian badan lain yang disembunyikan di sekitar kawasan itu dalam beberapa tong sampah.
Wanita itu didakwa melakukan pembunuhan dan pembakaran dengan niat untuk membahayakan nyawa setelah mengakui jenayah tersebut ketika dia ditangkap.
Walau bagaimanapun, motif pembunuhan tersebut tidak dinyatakan. Perbicaraan kes itu juga masih lagi berlangsung.
Sumber: Daily Mail