Siakap Keli
Gambar: brnfitness.com

“Daging Pun Ada Kebaikannya Tersendiri,” Ini Sebenarnya Yang Ada Disebalik Keenakan Daging Lembu

Umat Islam di Malaysia telah menyambut Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban dilakukan dengan kesederhanaan. Oleh itu, ramai orang akan mendapat daging korban dan menjadikannya sebagai masakan. Pun begitu, anda juga perlu mengetahui beberapa perkara mengenai daging lembu.

NutritionistKKM menerusi Twitter telah berkongsikan infografik pemakanan berkaitan daging lembu kepada orang ramai.

Berdasarkan infografik tersebut, daging lembu dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi. Namun, saiz hidangan daging yang diambil perlu dikawal kerana antara bahan yang tinggi di dalamnya ialah lemak tepu dan kolestrol.

Oleh hal yang demikian, daging ini perlu diambil secara sederhana dan tidak berlebihan. Pengambilan daging yang disarankan oleh NutritionistKKM ialah 2 ketul daging bersaiz kotak mancis bagi setiap hidangan.

Sumber: NutritionistKKM

" "