Siakap Keli
Gambar: @lek_chailert

(Video) Kasih Sayang Sesama Haiwan, Gajah Pimpin Kawannya Yang Buta Ke Arah Makanan

Gajah bukan sahaja dikatakan sebagai haiwan yang gagah, malah ia juga merupakan haiwan yang penyayang.

Seperti yang dikongsikan oleh portal Liputan6.com, sebuah video tular di media sosial Instagram mengenai gajah muda yang membimbing gajah lain yang buta untuk mendapatkan makanan.

Berdasarkan video itu, Chana, seekor gajah muda, dilaporkan telah berjalan berundur di hadapan Ploy Thong, gajah yang buta itu untuk memastikannya sampai ke tempat makanan dengan selamat.

Sejak tular, video tersebut dikatakan telah mendapat sambutan yang luar biasa dan menarik perhatian warganet. Video itu sehingga kini telah menerima 15,394 tanda suka daripada pengguna aplikasi Instagram.

Dalam kapsyen video itu telah tertulis, ‘Lihat bagaimana Chana memimpin Ploy Thong, pengasuh angkatnya, yang buta kedua-dua matanya menuju ke tempat makanan‘.

Cailert juga mengatakan bahawa setiap hari dia menemui ‘sisi indah’ sekawan gajah itu terutamanya dari cara ia saling menyayangi dan saling menjaga tanpa syarat. Malah, dikatakan perkara tersebut dapat dijadikan pengajaran buat semua.

Jelasnya lagi, Ploy Thong telah berada di pusat perlindungan gajah selama bertahun-tahun walaupun mengalami masalah dengan matanya. Setelah diselamatkan, kebenaran di sebalik hilang penglihatannya masih tidak jelas dan itu merupakan sesuatu yang hanya diketahui oleh Ploy Thong.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lek Chailert (@lek_chailert)

Sumber: Liputan6.com

Nurul Nabila