Siakap Keli

(Video) Baru Je Terfikir Nak Beli Kereta Baru, Tayar Tiba-Tiba Buat Hal Terus ‘Meletup’ Kuat

Pernah tak korang alami perkara pelik lepas terfikirkan ‘sesuatu’ dalam kepala? Misalnya, terlintas dalam hati nak tukar motosikal baharu, tiba-tiba motosikal yang tengah pakai tu rosak.

Ada orang cakap, kalau boleh jangan sebut langsung pasal nak tukar baru ni kat depan kenderaan yang kita guna sekarang. Nanti dia ‘merajuk’ sebab kita rasa ada yang lebih baik. Itu yang boleh jadi rosak tanpa sebab tu.

Tak tahulah sama ada perkara ni kebetulan atau memang ‘pantang larang’ yang sebenar. Tapi apa yang berlaku pada pengacara terkenal, Uyaina Arshad baru-baru ini memang macam ‘real’.

Jom ikuti perkongsian Uyaina di bawah ini.

Ini cerita betul, bukan rekaan

 

Kata Aina, benda ni berlaku pada petang kelmarin semasa dia dalam perjalanan pulang dari klinik di ibu kota.

 

Segalanya bermula ketika dia sedang melalui sebuah laluan terowong. Kebetulan pada masa itu, baru saja terlintas dalam kepalanya tentang nak beli kereta.

 

Bayangkan, tengah-tengah sedap ‘mengelamun’ berfikir pasal kereta baru, dengan tidak semena-mena tayar kereta meletup.

 

 

Sedar tak jauh, jauh juga dia memandu dalam keadaan tayar sudah rosak itu.

 

 

 

Dalam ciapan yang seterusnya, Uyaina berkongsi rakaman video sewaktu rakannya datang untuk memberi bantuan.

 

 

 

 

Mengakhiri perkongsiannya, Uyaina menitipkan sedikit pesanan sebagai pedoman buat kita semua.

 

 

 

Sumber: Twitter Uyaina Arshad

"