Siakap Keli
Gambar: Inquirer Sports

Atlet Angkat Berat, Hidilyn Diaz Lakar Sejarah Pingat Emas Pertama Buat Filipina, Kisah Pernah Terkandas, Berlatih Di Melaka

Atlet Filipina melakar sejarah buat dirinya dan negara Filipina apabila dia merangkul pingat emas di Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Menurut Nikkei Asia, Hidilyn Diaz berjaya mengetepikan juara dunia Liao Qiuyun dari China dalam acara angkat berat 55 kilogram wanita pada hari ini. Menurut ciapan dari #Tokyo2020, Hidilyn Diaz merupakan pemenang pingat emas Olimpik yang pertama mewakili Filipina dan kini dia sudah mempunyai dua rekod Olimpik.

Walau bagaimanapun, apa yang menariknya mengenai atlet wanita Filipina ini, dia pernah terkandas di Malaysia iaitu di negeri Melaka ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Menurut Business Mirror, tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh Diaz apabila dirinya dan barisan pelatih telah diberikan visa sepanjang tahun yang berakhir pada ulang tahun Olimpik.

“Mereka(Malaysia) memperlakukan kami seperti golongan mereka sendiri dan membiarkan kami berlatih di pusat latihan mereka ketika saya tidak mempunyai tempat untuk berlatih.”

Tambah atlet angkat berat itu, Malaysia juga turut membantu dan tiada persaingan ketika dia berada di Malaysia.

“Mereka(Malaysia) mencari jalan untuk menolong saya dan pelatih, tiada persaingan di sini, kami bagaikan sebuah keluarga di sini”

Sumber: Twitter, Businessmirror

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.