Polis Diraja Malaysia akan membuka kertas siasatan mengenai isu gerakan Hartal Doktor ‘Kontrak’ susulan ada perhimpunan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Ketua Polis Dang Wangi, Assisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam tempoh PKP tiada siapa yang dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam sebarang perhimpunan.
Jelasnya, pihak polis akan membuka kertas siasatan kerana dalam tempoh PKP tiada sesiapun dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam apa jua perhimpunan di mana-mana tempat dan apa jua maksud.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata Sama ada keagamaan, sosial, sukan, perkahwinan atau kebudayaan tanpa mendapat kebenaran Ketua Pengarah kesihatan sepertimana yang terkandung di bawah Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021.
Gerakan Hartal Doktor Kontrak keluar beramai-ramai dari fasiliti kesihatan tempat mereka bekerja di seluruh negara tepat pukul 11 pagi Isnin sebagai bantahan kerana tuntutan mereka untuk diserapkan ke jawatan tetap tidak dipenuhi.
Sumber: Astro awani