Siakap Keli

TERKINI: 14,516 Kes Baharu Covid-19, Giliran Johor Pula Catat Lebih 1,000 Kes Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 14,516 kes baharu positif Covid-19 direkodkan di negara kita. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif mencecah 1,027,954 kes.

Terbaharu, menerusi laman Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham menunjukkan negeri Selangor masih mencatat kes tertinggi dengan angka 6,508 kes diikuti dengan Johor iaitu 1,449 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1,425 kes serta Kedah mencatat lebih 1,ooo kes positif iaitu 1,160.

Sabah pula mencatatkan 720 kes, Perak (590), Negeri Sembilan (452), Pulau Pinang (402), Pahang (386), Melaka (373), Sarawak (356), Kelantan (346), Terengganu (245), Putrajaya (94), Labuan (lapan) dan Perlis (dua).

Ini senarai pecahan kes baharu mengikut negeri

 

Sumber: DG Noor Hisham

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.