Siakap Keli
Gambar Via Google

“Jangan Selamber Guna Tisu Lembap…”, Awas, Doktor Minta Mak Ayah Elak 5 Perkara Menyakitkan Anak Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebiasaannya, bayi akan sentiasa menangis kerana menginginkan susu atau merasa tidak enak pada bahagian perut, namun seringkali ibu bapa lupa untuk memeriksa tahap keselesaan pada bahagian punggung mereka.

Bahagian tersebut perlu diberikan perhatian kerana ia sangat sensitif dan boleh menimbulkan pelbagai ruam yang boleh membawa kepada masalah kulit yang lebih teruk.

Mungkin masih ada ibu bapa yang belum tahu, terdapat lima perkara yang perlu dielakkan agar anak-anak kecil anda tidak merana kerana masalah pada bahagian punggung mereka itu.

Mari ikuti perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari di bawah ini.

Bayi ni nak bercakap mengadu belum pandai. Itu yang asyik meraung sekuat-kuatnya. Sebak betul bila nampak situasi begitu.

Ni saya nak kongsi 5 perkara yang kita kena elakkan supaya benda yang menyakitkan tu tak berlaku pada anak kita sendiri.

1. Jangan biarkan lampin dia lama tak bertukar. Tambah pulak kalau memang dah penuh dengan air kencing dan najis. Kuman minat benar berkumpul kat tempat lembab dan tercemar. Jadi kalau boleh, 2-3 jam sekali periksalah lampin dia tu.

2. Jangan pakaikan lampin terlampau ketat. Nanti flow udara di kawasan lampin tu tersekat dan punggung akan sentiasa lembab.

3. Jangan letakkan bedak dekat punggung anak tu. Selain nak elak daripada bahaya bahan kimia yang terkandung dalam bedak, kita jugak tak nak debu bedak yang bercampur baur dengan najis dan air kencing bertukar jadi medium subur untuk kuman beranak pinak.

4. Jangan biarkan punggung anak yang dah mula naik ruam macam tu je. Kadang kita ni duk fikir mudah. Alah, nanti okaylah balik tu. Jangan! At least apply lah “barrier cream” seperti zink oxide dan petroleum jelly.

Sapu nipis je. Bila bayi terkencing atau terberak, kotoran tu tak direct kena pada kulit yang dah terluka melecet.

5. Jangan selamba je guna tisu lembab bayi jenis yang ada alcohol dan bahan pewangi. Bila dah selalu sangat terkena bahan kimia, memanglah kulit bayi pun akan mudah meradang dan jadi alahan. Air suam dan kain bersih sebenarnya dah memadai untuk bersihkan punggung bayi.

Kalau dah usaha elakkan semua ni tapi ruam masih galak jugak duk kat punggung baby tu, cubalah bertukar pada jenis lampin bayi yang lain pulak.

Ramai sangat mak ayah yang belum tahu tentang perkara ni. Tolong #share dengan mak ayah dan orang lain di luar sana yang belum tahu ye.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari 

Sofea

There's always another side to every story