Siakap Keli
Gambar: IG sitisarahraissuddin

Shuib, Isteri Sarat Hamil & Anak-Anak Positif Covid-19

Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah Raissuddin memaklumkan bahawa dia dan suami yang juga pelawak dan ahli perniagaan, Shuib serta anak-anaknya disahkan dijangkiti covid-19.

Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya sebentar tadi, Siti Sarah berkata, mereka sekeluarga menerima keputusan tersebut pagi tadi dengan hati terbuka dan berlapang dada.

”Kami dah dapat dah keputusan ujian swab pagi ni.. Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif Covid-19.

”Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada. Mohon semua doakan kami sekeluarga mengharungi 14 hari ni.. kami serahkan semuanya kepada Allah. Amin insha-Allah,” tulisnya.

Gambar: IG sitisarahraissuddin

Menurut Siti Sarah, dia melihat ujian ini sebagai satu himah dan memohon doa semua agar dia dan keluarga segera sembuh.

”Sarah nak jelaskan untuk elak salah faham, urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa, pihak admin akan post di Instagram ni bagi pihak Sarah.

‘Sarah dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah. Doakan sarah dan keluarga segera sembuh ya. Terima kasih,” katanya.

Sebelum itu, Siti Sarah memaklumkan bahawa pembantu rumahnya telah dijangkiti Covid-19 dan mereka sekeluarga telah menjalani ujian calitan di rumah berdasarkan video yang dimuat naik.

”Kami satu sekeluarga baru je buat ujian swab, harap-harap semua tak ada apalah. Sarah kena kuat, baby dah masuk tujuh bulan, mohon doakan Sarah dab keluarga,” tulisnya semalam.

Gambar: IG sitisarahraissuddin

Pasangan selebriti itu telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.

Sumber: Instagram sitisarahraissuddin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.