Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Bahang Dan Panas? Ini Punca Yang Korang Kena Atasi Elak Haba Terperangkap Dalam Rumah

Negara pada ketika ini sedang mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering sehingga pertengahan September, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Cuaca panas yang sedang dialami ketika ini juga menyebabkan keadaan rumah atau bilik anda terasa bahang dan berkuap. Pasti mengeluh kan dengan cuaca panas. Dah buka kipas pun tetap terasa bahangnya. Malah, ada yang mengambil keputusan untuk mandi berulang kali supaya badan kekal segar dan sejuk.

Sebenarnya, ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memastikan ruangan di dalam rumah anda menjadi sejuk walaupun ketika berada di musim panas. Pun begitu, terlebih dahulu perlulah ‘khatam’ mengenai punca ‘tersembunyi’ yang menyebabkan rumah anda menjadi panas.

Seperti yang dikongsikan oleh Huffpost, terdapat beberapa punca yang menyebabkan rumah anda menjadi panas. Perkara ini perlulah anda elakkan supaya keadaan dalam rumah anda menjadi sejuk.

  1. Tirai dan tingkap terbuka pada waktu siang

Dinding rumah berperanan menjadi penghalang antara suhu luar dan dalam rumah anda. Namun, sekiranya tingkap dibiarkan terbuka, udara panas pasti akan memasuki ke ruangan dalam rumah anda. Jadi, langsir atau tirai sangatlah penting dalam hal ini kerana boleh menghalang daripada cahaya matahari terus masuk ke rumah anda.

Gambar: Realtor

2. Tingkap dan pintu bilik tidur ditutup pada waktu malam

Walaupun musim panas mencatatkan suhu yang tinggi, namun ianya akan cenderung turun sebaik sahaja matahari terbenam. Namun, jika anda tidur dengan tingkap terbuka, anda mungkin memerangkap udara panas di dalam bilik anda. Jadi, selepas senja, bukalah tingkap atau pintu anda supaya udara sejuk dapat memasuki rumah anda.

Tapi, jangan lupa pula tutup bila dah menjelang lewat malam. Takut ada ancaman lain pula yang datang.

Gambar: Daily Mail

3. Guna peralatan yang tinggi suhu

Seperti yang anda tahu, ketuhar akan memancarkan sejumlah suhu yang tinggi sehingga boleh tersebar ke seluruh ruang rumah anda. Begitu juga dengan peralatan lain, penyumbang suhu yang tinggi boleh menyebabkan suhu dalam rumah anda meningkat. Jadi, lebih baik untuk mengurangkan penggunaan alatan tersebut dan ini mungkin alasan paling tepat untuk mengajak keluarga anda untuk mengadakan barbeku di luar rumah.

Gambar: RNZ

4. Penggunaan mentol lampu tinggi haba

Penggunaan lampu yang tinggi haba juga boleh menyebabkan ruang udara dalam rumah anda meningkat. Apatah lagi sekiranya lebih banyak lampu yang dinyalakan, pasti akan terasa haba yang berlegar di sekeliling anda. Adalah lebih baik agar ditukar kepada penggunaan lampu LED yang dikatakan dapat mengatasi masalah haba yang tinggi.

Gambar: IndiaMART

Sumber: Huffpost

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa