Satu video yang memaparkan seorang lelaki menjadi tular di media sosial hari ini.
Video itu dipercayai dirakam di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.
Menurut satu kenyataan media dari IPD Dang Wangi, kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 11.30 pagi ketika lelaki berkenaan sedang menyampaikan ceramah motivasi kepada 20 orang gelandangan di pusat transit tersebut.
Susulan daripada itu, pihak polis telah memanggil lelaki itu ke IPD Dang Wangi untuk memberikan keterangan berkaitan insiden tersebut.
Pihak polis juga turut dilaporkan telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,500 kepada individu tersebut kerana tidak memakai pelitup muka sewaktu berada di pusat gelandangan berkenaan.
Justeru daripada itu, pihak polis menasihatkan kepada orang ramai supaya terus mematuhi kepada SOP yang telah ditetapkan untuk memerangi wabak COVID-19 ini.
Kegagalan dalam mematuhi SOP ini boleh menyebabkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang sengaja melanggarnya.