Masih ingat tak kisah mengenai seekor gajah yang merobohkan dinding dapur di sebuah rumah hanya kerana hendak mendapatkan makanan. Seperti yang pernah dilaporkan, gajah yang bernama Plai Bunchuay itu dipercayai telah menghidu makanan dan menceroboh masuk pada jam 2 pagi.
Walau bagaimanapun, itu kisah yang pernah dilaporkan pada bulan lepas. Dinding dapur rumah penduduk di Selatan Thailand itupun sudah dibaiki semula. Tapi, jangan tidak percaya bahawa gajah tersebut kembali melakukan ‘hobinya’ apabila melakukan perkara yang sama baru-baru ini.

Seperti video yang dikongsikan di laman Twitter NowThis, gajah tersebut dilihat telah ‘merobek’ dinding dapur yang kelihatan sudah ditampal. Seakan sudah mengenali ‘sasarannya’, gajah tersebut dilihat cuba meraba-raba menggunakan belalainya mungkin untuk mendapatkan makanan.
Mungkin sudah ‘bosan’ dengan ‘hobi’ gajah tersebut, ahli rumah tersebut berkata adalah lebih baik untuk mengajaknya tinggal bersama mereka.
“Saya rasakan kami patut mengajaknya tinggal bersama,”
“Ia asyik datang kembali dan membuat kerosakan”
Remember the elephant that went viral for smashing through a home in Thailand last month? Well the same elephant just did it again — to the same people.
‘I feel like we should just invite him in to live with us,’ one resident said. ‘He keeps coming back and causing damage.’ pic.twitter.com/Gf7HHzB9pH
— NowThis (@nowthisnews) July 27, 2021
Sumber: NowThis