Siakap Keli
Gambar: DailyMail.co.uk

(Video) Perlu RM6k Lebih Untuk Baiki, Tular Foto Gajah ‘Ceroboh’ Dinding Dapur Rumah, Rupanya Ini Kisah Sebenar

Baru-baru ini, tular foto seekor gajah yang dilihat menerusi runtuhan dinding rumah di bahagian dapur. Haiwan tersebut dipercayai dalam kelaparan dan sedang mencari makanan. Situasi tersebut telah berlaku pada Ahad lepas di Hua Hin, Selatan Thailand.

Seekor gajah lapar dilaporkan telah merobohkan dinding dapur di sebuah rumah untuk mencuri beras pada tengah malam.

Menurut Daily Mail, gajah yang bernama Plai Bunchuay itu dipercayai telah menghidu makanan dan menceroboh masuk rumah tersebut pada jam 2 pagi.

El's kitchen! A hungry wild elephant poked its head through a family's kitchen wall to steal a bag of rice in Thailand

Ketika kejadian, Rachadawan Phungprasopporn dan suaminya terbangun disebabkan bunyi sesuatu dan bergegas ke dapur untuk melihat apa yang telah berlaku. Mereka terkejut melihat seekor gajah dengan gadingnya yang besar telah menyelongkar almari dengan belalainya yang panjang.

Menurut sumber, ia telah mencengkam sebungkus plastik berisi beras lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

The bull, named Plai Bunchuay, sniffed out the food and smashed through the house in Hua Hin, southern Thailand, on Sunday morning at 2am

Tidak lama selepas itu, suami Rachadawan menghalau haiwan itu yang kemudiannya hilang ke kawasan hutan yang berdekatan.

Jelas Rachadawan, “Gajah ini terkenal di kawasan itu kerana telah menyebabkan banyak kemusnahan. Ia pernah datang ke rumah ini kira-kira dua bulan lalu dan mencari-cari sesuatu, tetapi ketika itu ia tidak merosakkan apa-apa.”

Tambahnya, “Kami telah memaklumkan kepada petugas hidupan liar setempat. Mereka menasihati kami agar tidak menyimpan makanan di dapur kerana bau menarik gajah. Jadi, kami mengikuti nasihat mereka. Agak lucu melihat kelakuan gajah itu tetapi saya juga bimbang ia mungkin akan kembali lagi.”

Dia mengatakan tembok dinding tersebut akan menelan perbelanjaan sekitar 50,000 Baht (RM6,545) untuk dibaiki semula.

Rachadawan Phungprasopporn and her husband were woken up by the noise and rushed to the kitchen to see what had happened

Rachadawan said her husband helped to shoo away the beast, which disappeared into nearby woodland

Thailand dianggarkan mempunyai kira-kira 2.000 gajah Asia yang tinggal di hutan. Walau bagaimanapun, ia sering terjadi konflik apabila gajah-gajah datang untuk ‘berinteraksi’ dengan manusia di jalan raya dan di kampung.

Menurut kakitangan dari Taman Nasional Thailand, mereka percaya bahawa haiwan tersebut telah mengubah tingkah lakunya sebagai tindak balas terhadap makanan yang boleh didapati daripada manusia.

Pegawai pemuliharaan, Supanya Chengsutha berkata, “Penjelasan yang paling munasabah untuk keadaan ini ialah gajah itu menghidu bau makanan dan teringin memakannya. Ini bukan kerana gajah sangat lapar. Terdapat banyak makanan di hutan dan tidak berubah. Namun, kadang-kadang gajah individu mengalami perubahan dalam tingkah laku dan karakter mereka. Jadi, tiada satu faktor tertentu untuk menjelaskan perbuatannya ini.”

Jelasnya lagi, tabiat makan haiwan tersebut telah berubah kerana ia banyak berhubung dengan manusia. Gajah-gajah tersebut mulai suka terhadap makanan yang dimakan oleh manusia.

Kemungkinan juga pemburu dan perangkap di hutan telah mengganggu gajah. Maka, ia telah bergerak keluar dari hutan dalam itu sebagai jalan penyelesaian,” tambah Supanya.

Sumber: DailyMail.co.uk

Nurul Nabila