Siakap Keli
Dompet Hilang Selama 8
@eurofootcom via X

Bintang Sepanyol Puji Arab Saudi, Dompet 8 Bulan Hilang Ditemui Semula Tak Diusik

Bintang Sepanyol Puji Arab Saudi, Dompet 8 Bulan Hilang Ditemui Semula Tak Diusik

Seperti yang kita semua sedia maklum, Arab Saudi merupakan sebuah negara di Timur Tengah dan antara negara Islam yang melaksanakan undang-undang berdasarkan undang-undang Shariah.

Menurut laman web Kedutaan Arab Saudi, penerapan undang-undang Shariah itu terpakai bagi kes-kes jenayah dan juga sivil.

Tambah portal itu, undang-undang Shariah menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan utama dan diikuti Sunnah yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW. Manakala ijmak ulama pula menjadi sumber ketiga dan qias sebagai sumber keempat.

Pemain bola sepak terkejut, semula dompet selepas 8 bulan hilang di Arab Saudi dalam keadaan sempurna

Baru-baru ini, seorang pemain bola sepak Sepanyol yang sedang beraksi di Arab Saudi berkongsi satu kisah yang sangat menarik semasa dia menetap di negara itu.

Menerusi video dimuat naik oleh (@eurofootcom) di laman X, Álvaro González memaklumkan bawah dompet miliknya yang hilang selama lapan bulan berjaya ditemui semula.

Namun begitu, apa yang mengejutkan González apabila dia mendapati semua isi dompet tersebut termasuk wang tunai dan kad kredit langsung tidak diusik.

Seperti yang kita sedia maklum, peluang untuk anda menemui semula dompet yang hilang beserta isinya dalam keadaan asal adalah keberangkalian yang sangat tipis untuk berlaku.

Dia kemudian memuji aspek keselematan yang tinggi di negara itu dan berpendapat kisah yang diceritakan adalah buktinya.

Menurut González lagi, menemui semula barang yang hilang dalam keadaan asal dan tidak diusik adalah perkara biasa di Arab Saudi.

Anggap apa yang berlaku menakjubkan, tak mungkin serupa di negara lain

“Apa yang berlaku sangat menakjubkan. Situasi ini mungkin tidak sama di negara-negara lain,” katanya.

Terdahulu, González sempat beraksi bersama Cristiano Ronaldo di Al Nassr FC dalam Saudi Pro League.

Bagaimanapun baru-baru ini dia telah berpindah  ke Al Qadsiah FC, iaitu sebuah lagi kelab yang beraksi dalam liga yang sama.

BACA: “Control Game” & 21 Percubaan, Ini Statistik Luar Biasa Indonesia Lawan Korea Selatan

Sumber: @eurofootcom via X

Athirah

When nothing goes right, go left.