Siakap Keli

GSK Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa

GSK Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa

Kuala Lumpur, 24 April 2024: Tatkala penduduk Malaysia beralih kepada demografi yang semakin berusia, kepentingan imunisasi dewasa menjadi semakin ketara. Dengan memastikan individu  menerima vaksin yang diperlukan, orang dewasa boleh kekal aktif, menjadi ahli yang sihat dalam  masyarakat dan ekonomi, sekali gus memanjangkan produktiviti, mengekalkan sumbangan kepada  ekonomi tempatan, dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan, walaupun mereka memasuki  usia emas. 

gsk imunisasi

Minggu Imunisasi Sedunia [24 April – 30 April] ini merupakan masa untuk meningkatkan kesedaran  tentang kesihatan dan impak sosioekonomi vaksinasi secara global serta meningkatkan perubahan  dasar yang diperlukan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan berdaya tahan,  terutamanya di Malaysia. 

Menurut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah individu berumur 65 tahun dan  ke atas semakin meningkat dengan kira-kira 2.5 juta orang termasuk dalam kategori ini. DOSM  juga mengunjurkan bahawa Malaysia akan mempunyai jumlah yang hampir sama daripada  golongan muda (18.6%) dan golongan berusia (14.5%) pada tahun 2040. Hal ini bermakna dalam  tempoh kurang 2 dekad, golongan berusia akan melepasi 6.0 juta, sekali gus menjadikan Malaysia  sebagai masyarakat yang berusia. 

gsk imunisasi

Bersempena dengan Minggu Imunisasi Sedunia 2024, GlaxoSmithKline (GSK) menganjurkan  wacana yang tepat pada masanya, menghimpunkan pakar tempatan dan global untuk berkongsi  perspektif mereka tentang landskap vaksin yang semakin berubah, faedah vaksin kepada orang  dewasa yang lebih tua, dan nilai sosioekonomi imunisasi dewasa.  

Acara ini dilengkapkan lagi dengan perbincangan panel tempatan yang menampilkan perbincangan  yang bernas, perbahasan yang rancak dan perkongsian pengetahuan yang luas dalam  memperlihatkan keberkesanan pencegahan penyakit cegahan vaksin (VPD) dalam kalangan orang  dewasa Malaysia, cabaran utama yang dihadapi oleh industri penjagaan kesihatan, serta peluang  untuk membangunkan penyelesaian yang praktikal dan berkesan dalam peralihan ke arah  masyarakat semakin berusia yang lebih sihat di negara ini.

gsk imunisasi

Dr. Thanabalan Fonseka, Pengarah Perubatan Vaksin GSK Malaysia berkata: “Inisiatif  imunisasi kanak-kanak di sekolah dan dalam komuniti sudah mantap dengan kadar liputan yang  tinggi. Berbeza dengan situasi ini, cabaran utama berhubung dengan vaksinasi golongan dewasa  terletak pada kurangnya kesedaran mengenai VPD dan pilihan pencegahannya. Akibatnya, ramai  orang dewasa masih tidak menyedari pentingnya mengemaskini vaksinasi yang terkini atau  mungkin secara tidak sengaja terlepas pandang cadangan untuk suntikan penggalak atau vaksin  yang baharu yang boleh didapati apabila mereka semakin berusia.” 

gsk imunisasi

Selain itu, halangan logistik, seperti akses yang terhad kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan  dan kekangan kewangan, terus menjejaskan kadar vaksinasi dewasa. Oleh itu, terdapat keperluan  yang mendesak untuk meningkatkan kesedaran, menambah baik kebolehcapaian, serta  menekankan betapa mustahaknya memberikan keutamaan kepada vaksinasi dewasa bagi  memastikan perlindungan menyeluruh terhadap penyakit yang boleh dicegah sepanjang masa  dewasa. Kita mesti beralih daripada “penjagaan sakit” kepada penjagaan kesihatan pencegahan  sebenar untuk menjadikan imunisasi dewasa sebagai standard penjagaan dengan membina  kepercayaan terhadap nilai vaksinasi dewasa dalam kalangan rakyat Malaysia,” tambah Fonseka

Apakah Imunisasi Dewasa? 

Vaksin dewasa ialah vaksin yang disyorkan khusus untuk individu dewasa bagi melindungi diri  daripada pelbagai penyakit cegahan vaksin (vaccine-preventable diseases, VPD). Pemvaksinan  dewasa yang paling lazim antara lainnya termasuklah COVID-19, influenza, penyakit pneumokokal,  herpes zoster, dan ‘respiratory syncytial virus’ (RSV). 

Siapakah yang Berisiko? 

Kumpulan umur yang berisiko untuk pelbagai penyakit yang disasarkan oleh vaksinasi dewasa  berbeza-beza bergantung pada penyakit. Walau bagaimanapun, secara amnya, orang dewasa  yang berumur 50 tahun ke atas berisiko lebih tinggi untuk penyakit berjangkit tertentu disebabkan  oleh faktor seperti sistem imun yang semakin merosot akibat penuaan, keadaan kesihatan sedia  ada dan imuniti vaksin yang menurun mengikut peredaran masa. Adalah penting untuk diambil  perhatian bahawa walaupun orang dewasa yang lebih berusia selalunya berisiko lebih tinggi,  penyakit tertentu boleh menjejaskan orang dewasa dari semua peringkat umur. Selain itu, individu  yang mempunyai sistem imun yang lemah akibat keadaan seperti HIV/AIDS, kanser atau ubat  imunosupresif mungkin lebih terdedah kepada penyakit berjangkit tanpa mengira usia. 

Semasa Minggu Imunisasi Sedunia, GSK bersatu secara global untuk menekankan betapa  mustahaknya imunisasi dewasa. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang  kelebihan kesihatan, struktur dan sosioekonomi meluas yang berpunca daripada penggunaan  ekstensif vaksin dewasa untuk setiap individu di seluruh dunia. Dengan kerjasama pihak  berkepentingan merentas industri, kami menetapkan sasaran untuk menyokong Program 50 tahun  Perluasan Imunisasi (EPI) Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk melakukan apa-apa yang boleh  dilakukan secara manusia, iaitu menyelamatkan nyawa melalui imunisasi.

GSK terus menekankan betapa pentingnya pencegahan sebagai asas penjagaan kesihatan.  Dengan salah satu portfolio vaksin yang paling luas di seluruh dunia, GSK komited untuk  melindungi individu dari semua peringkat umur, termasuk orang dewasa yang lebih tua dan  membentuk semula dasar berhubung dengan imunisasi dewasa untuk kekal berada di hadapan  dan meneruskan momentumnya untuk memainkan peranan dalam penambahbaikan kesihatan  awam di Malaysia.

Nurul Naqiyah