Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perbezaan Politik Bukan Penghalang, Kepentingan Rakyat Perlu Diutamakan – MB Kelantan

politik bukan penghalang
Kredit: Facebook Mohd Nassuruddin Haji Daud

Kematangan berpolitik, perbezaan fahaman dan warna kepartian tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha membawa pembangunan serta kesejahteraan kepada rakyat.

Perkara iti ditegaskan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud dalam satu hantaran beliau di Facebook, baru-baru ini.

Beliau juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesudian beliau berkunjung ke Kelantan serta meluangkan masa menghadiri beberapa atur cara di negeri itu.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, YAB Dato’ Anwar Ibrahim, atas kesudian hadir ke bumi Kelantan serta meluangkan masa bersama dalam beberapa atur cara.

Beliau turut berpandangan bahawa perbezaan politik tidak seharusnya menjadi tembok pemisah sehingga menjejaskan usaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Perbezaan Politik Bukan Penghalang, Politik Ada Gelanggangnya, Pentadbiran Ada Amanahnya

Kredit: Facebook Mohd Nassuruddin Haji Daud

Dalam hantaran sama, beliau menegaskan bahawa selain dari perbezaan politik, kematangan dalam berpolitik perlu disertai kebijaksanaan ketika menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Menurutnya, politik mempunyai gelanggang tersendiri, manakala pentadbiran pula merupakan amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

“Politik ada gelanggangnya, pentadbiran ada amanahnya,” katanya.

Jelasnya, kepentingan rakyat perlu sentiasa diletakkan di hadapan berbanding perbezaan warna kepartian, lebih-lebih lagi apabila melibatkan usaha membangunkan negeri dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

“Semoga hubungan yang terjalin dapat diterjemahkan kepada manfaat yang nyata, kemajuan yang berterusan dan kesejahteraan seluruh rakyat Kelantan,” tambahnya dalam hantaran tersebut.

Harap Kerjasama Beri Manfaat Kepada Rakyat Kelantan

Kredit: Facebook Mohd Nassuruddin Haji Daud

Dalam pada itu, beliau berharap pertemuan dan kebersamaan tersebut menjadi ruang untuk memperkukuh hubungan serta membuka lebih banyak peluang kerjasama antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kepentingan rakyat mesti sentiasa mengatasi segala perbezaan,” katanya.

Beliau turut mengakhiri hantaran dengan doa agar segala usaha dan ikhtiar bersama mendapat keberkatan Allah SWT serta membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.

Sesungguhnya, perbezaan pandangan dalam politik tidak semestinya menutup ruang untuk bekerjasama, apatah lagi apabila matlamat akhirnya adalah demi kepentingan dan masa depan rakyat.

Sumber:Facebook
Intipati
  • Mohd Nassuruddin berkata perbezaan politik tidak wajar menghalang pembangunan dan kebajikan rakyat.
  • Beliau menghargai kunjungan Anwar Ibrahim ke Kelantan dan kehadiran dalam beberapa atur cara.
  • Kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan diharap membawa manfaat nyata kepada rakyat Kelantan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan