Siakap Keli

Ramai Terhibur Dengan Boon Heong, Selalu Ingatkan Atlet Malaysia Kena ‘Sembahyang Kuat-Kuat’

Pagi tadi kita menerima berita gembira dari Tokyo selepas gandingan Aaron-Wooi Yik berjaya layak ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan pasangan nombor satu dunia, Gideon dan Sukamuljo dalam pertarungan 2 set sahaja.

Bila kita berbual tentang beregu negara, pasti kita tidak akan lupa kepada nama dua lagenda badminton dunia ini iaitu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong. Pernah menduduki ranking nombor satu dunia pada 2007 dan memperoleh pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Sejak Olimpik bermula, Astro Arena kerap menjemput Tan Boon Heong untuk membincangkan tentang pemain-pemain badminton negara yang beraksi di pentas Olimpik Tokyo 2020. Ternayata, kemunculan Boon heong sangat disenangi oleh penonton kerana sikap bersahaja dan lawaknya buat penonton terhibur dengannya.

Kesan itu tidak habis setakat itu sahaja, apabila Boon Heong akhirnya membuka akaun Twitternya semalam dan sehingga kini sudah mendapat lebih 18,000 pengikut. Ramai yang terhibur dengan tweet beliau yang sering mengingatkan pemain dan penyokong Malaysia untuk ‘kuat sembahyang’ (berdoa) untuk atlet-atlet Malaysia terutama dalam acara Badminton memenangi pingat emas kali ini.

Boon heong selalu mengeluarkan perkataan Gancheong atau Kan Cheong yang bermaksud gementar. Sehinggakan dalam rancangan Nadi Arena pun Boon Heong kata pemain Malaysia tak perlu Kan Cheong. Ia sangat disenangi oleh pembaca berita Nadi Arena dan semua penonton.

Semoga tan Boon heong terus sihat dan kuat untuk menghiburkan kami di sini sepanjang temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. barulah kami tak bosan nak sokong atlet Malaysia. Korang boleh follow Boon Heong di Twitter dan TikTok sekarang.

Fakta menarik: Tahukah anda, Tan Boon Heong pemegang rekod dunia ‘smash’ paling laju di dunia dan diiktiraf oleh Guinness World record dengan kelajuan 493 km/h.

Sumber: Tan Boon Heong

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.