Siakap Keli

Diselamatkan Dari Hotel Bersama Nenek, JKM Cari Ibu Kandung Kanak-Kanak

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) membuat satu hebahan mengenai pencarian waris seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Menerusi maklumat, kanak-kanak tersebut, Adam bin Lazim (gambar) telah diselamatkan oleh pihak JKM di Hotel Bee Seng pada 13 Februari 2015 lalu selepas menerima aduan daripada pemilik hotel hotel.

Pemilik hotel berkenaan menjelaskan, kanak-kanak tersebut yang bersama nenek kandungnya ketika itu tidak mempunyai tempat tinggal. Menurut neneknya, ibu kandung (waris) bernama Susila binti Basri.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut kini ditempatkan sementara di Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar, Perak bagi membolehkan pelindung menjalankan siasatan lanjut.

Gambar: JKM WPKL

Sehubungan itu, JKM memohon agar ibu kandungnya tampil ke pejabat JKM WP Kuala Lumpur yang beralamat di tingkat sembilan (9), bangunan Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang, 50564 Kuala Lumpur.

Selain itu, JKM turut memohon kepada mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak ini agar dapat menghubungi Pelindung Kes, Mohd Bukhori Samah di talian 03-2612 4000 bagi memberi maklumat yang boleh membantu JKM mengesan ibu kandungnya.

Dalam masa yang sama, ia dapat membantu pihak mahkamah untuk membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak tersebut.

Sumber: JKM WP Kuala Lumpur

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'