Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Remaja OKU Bertarung Nyawa Ditikam 60 Kali, Dipercayai Angkara Rakan Sendiri

Seorang remaja  perempuan yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dilaporkan kini bertarung nyawa untuk hidup setelah ditikam sebanyak 50 hingga 60 kali.

Menurut Mirror, remaja yang berusia 16 tahun itu telah ditemui di sebuah padang di Sittingbourne, Kent, United Kingdom pada 22 Julai dengan kesan tikaman yang serius.

Dia kini berada di hospital London dan masih dalam keadaan yang sangat kritikal.

Gambar Via Daily Mail

Sementara itu, seorang remaja lelaki yang juga berusia 16 tahun telah didakwa atas cubaan membunuh gadis malang itu. Menerusi perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Majistret Medway pada Isnin lalu, pihak pendakwa mengatakan bahawa kedua-dua remaja itu saling mengenali.

Difahamkan, suspek telah menjemput mangsa di rumahnya untuk bersiar-siar di taman terpencil yang dikenali sebagai The Orchards.

Setelah sampai di situ, suspek didakwa telah menikam dan meninggalkan gadis itu berseorangan sehingga ditemui oleh orang ramai pada keesokan harinya.

Perbicaraan masih berlangsung dan pihak berkuasa kini menyeru orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

Sumber: Mirror UK

Sofea

There's always another side to every story