Siakap Keli
Gambar: Sky News

Atlet Great Britain ‘Kantoi’ Mengait Ketika Saingan Akhir Terjun Wanita Jadi Tumpuan Dunia

Selalunya bila menonton apa-apa perlawanan sukan secara langsung di lokasi acara, mesti la semangat nak menyokong tu berkobar-kobar kan. Maka rata-rata daripada kita akan bersorak dengan penuh semangat untuk tunjukkan sokongan kepada atlet.

Tapi lain pula dengan penerjun Britain, Tom Daley ini. Disaat penonton-penonton lain berdebar menyaksikan saingan akhir acara terjun tiga meter individu wanita, Daley selamba duduk mengait di kerusi penonton.

Aksi mencuit hati Daley ini mendapat sorotan warga net apabila perbuatannya tertangkap kamera dan dimuatnaik di laman Twitter rasmi Olimpik, sehingga dijadikan pinned tweet. Hantaran ini turut diciap ulang sebanyak 15 ribu kali.

Walaupun begitu, Daley tak pernah ‘menyembunyikan’ hobi uniknya ini. Malah dia turut memuatnaik video dirinya bersama sarung pingat dengan lambang bendera Britain dan Jepun yang dikaitnya sendiri di laman Instagram.

Daley yang telah memenangi pingat emas dalam acara terjun 10 meter seirama bersama pasangan terjunnya, Matty Lee, telah mengait sarung tersebut untuk menyimpan pingat emasnya.

Bukan sahaja menjadikan mengait sebagai hobi, Daley turut menjual baju sejuk pelangi yang dikait olehnya sendiri. Hal ini dilakukan Daley untuk mengumpul dana yang kemudiannya disumbangkan kepada Brain Tumour Charity untuk penyelidikan rawatan tumor otak.

Menurut Daley, sumbangan tersebut turut didedikasikan kepada bapanya yang juga meninggal dunia akibat tumor otak.

Sumber: Twitter Olympics, Instagram @madewithlovebytomdaley

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.