Siakap Keli
Gambar: Suara.com

Tular Video ‘Kerusi Terbang’, Isteri Mengamuk Temui Suami Bersama Wanita Lain Di Pusat Vaksinasi

Tular mengenai satu video mengenai ‘kerusi terbang’ di pusat pemberian vaksin dan telah mendapat perhatian ramai pihak. Namun, ianya bukanlah mempunyai unsur mistik, namun dipercayai akibat seorang isteri yang sedang ‘mengamuk’ kepada suaminya.

Seperti yang dilaporkan oleh hits.suara.com, wanita tersebut telah menangkap suaminya yang didakwa curang setelah menemuinya bersama wanita lain di pusat pemberian vaksin.

Menurut keterangan video seperti yang dilaporkan sumber, si isteri dijadualkan untuk menerima vaksin pada hari tersebut. Namun, suaminya mengakui bahawa tidak dapat membawa isterinya ke tempat vaksin.

‘Romantika COVID’. Seorang suami mengatakan bahawa dia tidak dapat membawa isteri untuk mendapatkan vaksin pada hari yang telah ditetapkan’, tulis sebuah akaun Instagram yang berkongsikan video tersebut.

Disebabkan itu, wanita itu mengajak adiknya meneminya untuk mendapatkan vaksin COVID-19. Sebaik tiba di tempat tersebut, dia juga melihat suaminya ada di sana. Namun, betapa terkejutnya si isteri apabila dipercayai suaminya membawa seorang wanita.

Susulan itu, si isteri dan adiknya bagaikan mengamuk dan menyerang lelaki dan wanita tersebut. Si suami pula dilihat seakan cuba melindungi wanita bersamanya itu. Dalam pada itu, kekecohan bertambah apabila berlaku ‘aktiviti kerusi terbang’ apabila dilemparkan oleh kedua-dua pihak.

Kejadian itu telah menarik perhatian warganet yang memberikan pelbagai reaksi. Malah, ada yang menggambarkan perkara tersebut seperti di dalam drama.

Sumber: Hits.Suara.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa