Siakap Keli

Pelawak Terkenal Ditahan Di Sebuah Hotel Di Kuala Pilah, Bantu Siasatan Kes Pemerdagangan Manusia

Seorang pelawak terkenal tanah air ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, pelawak lelaki yang berusia lingkungan 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas mendapat maklumat daripada pihaknya.

Memetik daripada laporan Sinar Harian, pihak polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

Tambah Ketua Polis Daerah Kuala Pilah lagi, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipermedagangan Orang dan Antipenyeludupan MIgran (ATIPSOM) 2007yang peruntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

“Turut dirampas, sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunao dan empat buah telefon bimbit,” jelasnya.

Sehubungan itu, suspek direman empat hari bermula Ahad hingga Khamis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Selain itu katanya, suspek juga telah dikenakan kompaun atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Bagaimanapun, mangsa telah mendapat perlindungan sementara dan ditempatkan di rumah perlindungan di Johor.

 

Sumber: Sinar Harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang