Siakap Keli

TERKINI: UMNO Tidak Akan Pertahankan Kerajaan PN, Setia Bersama Agong

UMNO membuat keputusan untuk tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya menegaskan, parti tersebut akan setia bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas ini.

“UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Mohd Yasin yang ternyata gagal di mata rakyat selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas hari ini. Berita lanjut menyusul.

Sumber: Sidang Media UMNO melalui UMNO Online

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'