Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Dua Tahun Awak Tunggu…”, Pilu, Suami Meninggal Dunia Sebelum Sempat Tahu Isteri Hamil

Sofea
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sukar untuk digambarkan bagaimana rasanya kehilangan insan yang tersayang. Apatah lagi jika insan tersebut merupakan suami yang selama ini setia berada di sisi dan menjadi tempat untuk berlindung.

Pemergian yang sememangnya tidak dijangka benar-benar boleh mematahkan hati sesiapa sahaja yang melaluinya.

Mungkin itulah yang dirasai oleh Shaa Ibrahim yang telah kehilangan suaminya pada 2 Ogos yang lalu.

Menerusi perkongsiannya yang tular di Facebook, Shaa meluahkan rasa pilu apabila pesanan WhatsApp bersama gambar alat ujian kehamilan yang dihantarnya tidak sempat dilihat oleh suaminya.

Lebih memeritkan, anak dalam kandungannya itu telah lama dinantikan oleh mereka berdua. Namun, kini suaminya pula yang sudah tiada lagi di sisi.

Dihubungi SK, Shaa mengatakan bahawa suaminya meninggal dunia disebabkan terlibat dalam kemalangan di mana arwah telah terbabas seorang diri semasa menunggang motosikal.

Jelasnya, dia berusaha untuk kuat menerima pemergian itu kerana anak yang berada di dalam kandungannya.

Sehingga kini, kirimannya itu telah mendapat sebanyak 1.7 ribu perkongsian dengan komen-komen yang bersimpati di atas nasib yang dialaminya.

Benarlah, perancangan Allah SWT itu sangat indah, DIA menghadirkan ‘malaikat kecil’ untuk mengubati hati Shaa yang telah kehilangan suaminya. Moga Shaa terus kuat menghadapi hidup ini bersama bayi di dalam kandungannya. Amin.

Sumber: Shaa Ibrahim