Perasan tak, setiap kali kita muat naik gambar atau video ke Facebook (FB), kualitinya terus ‘jatuh’ mendadak. Gambar asal yang kita ‘bidik’ sebelum itu punyalah cantik, tapi lepas masuk ke FB, tiba-tiba ‘pecah’.
Itu belum cerita lagi pasal video. Selalunya video asal yang kita nak muat naik biasanya berdefinisi tinggi (HD). Tapi lepas masuk ke FB, video itu pun ‘pecah’ juga. Macam rugi pulak rasanya kan?
Haa, mesti ramai yang belum perasan. Sebenarnya FB dah ada ketetapan baharu di mana kita boleh pilih sendiri sama ada mahu muat naik gambar/video yang berkualiti tinggi ataupun kualiti biasa.
Jom ikuti perkongsian oleh Zu Zulkifli dalam Group Facebook Smartphone Photography Malaysia di bawah ini.
Cara ‘upload’ gambar di Facebook dengan kualiti HD
Please upload gambar di Facebook dalam bentuk high definition (HD). Dengan kata lain, kualiti yang terbaik.
1. Di ‘Home’ klik yang tiga garis ni.

2. Then scroll ke bawah sampai jumpa ‘Settings’.

3. Klik ni ‘Media & Contacts’.

4. Pastikan ‘Upload Photos in HD’.

Senang je kan? Semoga tips ini bermanfaat.
Sumber: Zu Zulkifli melalui Smartphone Photography Malaysia